12 September 2012

Surat Cinta untuk Abah


SELAMAT HARI LAHIR ABAH yang ke 55... semoga abah panjang umur, diberikan kesihatan dan di murahkan rezeki.. intan doakan juga semoga abah diberikan keberkatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. di sini, ada sedikit kata2 buat abah..





ABAH

apa yang intan tulis ni ikhlas sangat2 dari hati intan.. abah, intan sayang sangat 1000x kat abah..malah lebih dari itu.. Abahlah insan yang paling intan hormati, lelaki yang paling intan cintai dan intan sayangi.. Abah juga adalah hero dalam hati intan. Di saat jari ini rancak menaip, sesungguhnya mata intan berair (walaupun baru muqaddimah je ni).. (T,T)

ABAH

sesungguhnya, setiap apa yang abah lakukan amat intan kagumi.. setiap nasihat abah amat menusuk hati dan menyuntik perasaan intan abah.. semua ni intan tak dapat nak ungkapkan melalui kata-kata.. mungkin segan, atau mungkin juga apa yang abah lakukan untuk anak abah ni, sebagai motivasi diri atau penguat semangat atau mungkin juga rahsia hati yang intan dapat rasakan sendiri..

ABAH

kalau dulu intan kecil2 intan suka duduk atas riba abah.. suka mengekor sahaja kemana mak pergi, semua keputusan mak dan abah yang tolong buatkan, susah abah & mak nak lepaskan bila berjauhan.. tapi kini, dalam sedar tak sedar, semua masa tu dah pergi.. Kini intan dah makin dewasa, makin berdikari (walaupun keputusan kadang2 mak dan abah juga terpaksa buat, walaupun selalu ikut mak dan jalan2 pegang tangan mak lagi, selalu suruh abah tolong buat itu ini, dan macam2 lagi) , namun intan tetap anak abah dan mak yang dulu dan sampai bila-bila pun.. Intan cuba nak jadi anak mak dah abah yang taat, yang solehah, yang baik, yang dapat jadi aset mak abah di akhirat kelak, yang berjaya dan dapat menjadi pencetus kejayaan adik2..bak kata Intan nak jadi anak mak abah yang terbaik dan paling baik..

ABAH

sesungguhnya tak mungkin intan akan bertemu insan yang dapat menggantikan abah.. yang iras sentuhan kasih sayang abah.. seandainya intan bertemu jodoh, dan intan berumah tangga suatu hari kelak, ketahuilah abah yang sayang intan pada abah takkan pernah pudar..jangan pernah abah menganggap yang intan akan pergi tinggalkan abah.. intan takkan tinggalkan abah sampai bila2.. Didikan yang telah abah ajarkan takkan intan sia-siakan,pengorbanan abah amat intan hargai dan kasih sayang abah yang telah abah tumpahkan takkan intan lupakan dan akan sentiasa tersemat di hati..


ABAH,

mesti abah ingat kan,waktu intan kecik2 dulu, kalau intan demam, mesti intan diam je.. sampailah abah pegang kepala intan.. sama la juga sekarang..AMAT SUKAR LIDAH INI UNTUK MELUAHKAN APA YANG INTAN RASA.. (mungkin juga kerana rasa hormatkan abah, rasa segan si anak perempuan, dan mungkin juga rasa takut melukakan hati seorang abah).. SESUNGGUHNYA, INTAN SAYANG SANGAT SANGAT KAT ABAH.. TERIMA KASIH ABAH SEBAB JADI ABAH YANG TERBAIK DI DUNIA NI.. TERIMA KASIH YA ALLAH SEBAB KURNIAKAN AKU SEORANG ABAH YANG SANGAT BAIK.. ALHAMDULILLAH, I LOVE YOU ABAH..


** gambar abah dan opah **


LAGU INI DITUJUKAN KHAS UNTUK ABAH ...



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

2 comments:

nur hayati said...

pheewiittt.. hb abah en.jamahir

nur hayati said...

intan permata abah ni manja rupanya :P

like