08 December 2013

kisah kami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


     Saya pernah merancang untuk menamatkan zaman bujang ketika berusia 25 tahun.. itu hanyalah perancangan. Allah sebaik-baik perancang. Dia telah aturkan segalanya dan Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik tanpa kita duga. Mengenai pencarian calon, boleh dikatakan memang 100% saya tidak mencari. Saya hanya berusaha nak jadi baik dan tumpuan kasih sayang hanya untuk mak abah, keluarga dan sahabat-sahabat. Bila kita rapat dan cukup kasih sayang dari keluarga, insyaAllah kita kurang mencari kasih sayang luar selain darinya (mencari cinta lelaki).

        Permulaan kisah kami (saya dan suami) ialah di dalam hutan..hutan?? ye, hutan.. takde lah hutan sangat.. permulaan saya kenal dia ialah ketika bercamping di mersing awal bulan 7, 2012. Sesungguhnya ketika itu saya tidak menyimpan hati sedikitpun pada si dia. Tidak lama selepas itu, saya dapat tahu yang ada seseorang yang ingin mengahwini saya melalui seorang kakak lab (k.kib) dan sahabatku (yana). MasyaAllah, saya amat terkejut. Sesungguhnya saya tidak bersedia secepat ini. Apa yang saya lakukan adalah dengan perbanyakkan istiqarah dan kebetulan pada ketika itu adalah bulan ramadhan. Hanya Allah yang tahu betapa gundah gulananya hati ini sehinggakan apa juga makanan yang dimasukkan ke dalam mulut seperti tak tertelan (betapa cuaknya diri ni) dan mujurlah 3 hari kemudian saya pulang ke kampung untuk cuti raya. Saya hanya meminta biodata sahaja untuk perkenalan dan bertanya beberapa soalan terpenting yg perlu saya tahu kerana saya tidak ingin berkenalan lebih dari itu sebelum mendapat persetujuan keluarga. Perhubungan kami ketika itu hanyalah melalui orang tengah.

       Selepas subuh yang hening sesampainya saya dirumah, ketika saya hendak beritahu perkara ini pada mak, kaki ini tidak kuat untuk berdiri lagi. Lantas tanganku menarik tangan mak untuk mengajak duduk dan aku terus memeluk makku. Tapi, mak amat tenang dan mak macam dah dapat agak apa yg aku akan beritahu. Apa yang menghairankan lagi ialah mak menerima lelaki itu tanpa sempat saya menceritakan mengenai lelaki tu (seperti apa yang ada di dalam biodata la). Saya bertanya kenapa semudah itu mak menerima dia. Mak mengatakan yang sepanjang bulan ramadhan ini, dia amat mendoakan supaya anaknya bertemu jodoh. MasyaAllah, mak mendoakan anaknya dalam diam dan mak gembira kerana doanya dimakbulkan. (T,T). "Tapi mak, saya tak sempat nak bagitahu apapun lagi. Nama apa, asal mana..". Jawapan mak, " Mak kenal anak mak. Selama ni mana pernah kamu macam ni. Mesti orang yang anak mak nak cerita ni anak mak dah tapis dulu" (lebih kurang macamni la ceritanya). Sebenarnya, takde la sempat tapis sangat masa tu.. sebab sekelip mata je rasanya.. Cumanya cara dia nak kenal tu masih tidak melanggar syarak yg membuatkan saya boleh pertimbangkan untuk memaklumkan mak saya perkara itu. Ketika raya kali itu, si dia dan keluarganya datang beraya dirumah saya untuk berkenal-kenalan.

         Selepas dari itu, atas nasihat ramai, nak tak nak saya tidak mungkin akan berkahwin tanpa mengenali hati budinya. Kami berhubung melalui email, sms dan fb sekiranya ada persoalan yang bermain di kepala. Segala apa yang kami bincang akan saya beritahu kepada mak dan kawan baik. Sungguh, saya nak perhubungan ini dipantau supaya tiada masalah hati. Memang susahkan nak jaga hati.. Cabarannya bertambah susah kerana lab kami hanya selang beberapa langkah. Amat susah bukan?? Saya sedaya upaya melarikan diri dari bertembung dengan dia. Dan lagi susah bila ada kawan-kawan yang tahu rahsia ini. Alhamdulillah, kawan2 saya amat baik kerana dapat menyimpan rahsia perkenalan kami dengan baik.

       Empat bulan kemudian, dia mengajakku untuk mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun dah bertunang, saya amat malu dan terlalu malu. Walaupun kami bukan berkenalan dalam sistem baitul muslim macam kawan2 lain, tapi saya cuba untuk menjadikannya satu hubungan yang terjaga dan jauh dari perkara yang di larang. Disebabkan kami tidak pernah bercakap sesama sendiri melalui telefon atau berjumpa, ada saudara mara yang kata "aik, kamu tak pernah telepon tunang kamu ke? nanti orang ingat bisu pulak". Ada yg lagi rajin cek call list saya di phone. Memang tak jumpa la. haha. Mungkin sesuatu yang pelik bagi orang lain. Tapi, lebih baik tak memulakan selagi masanya tak sesuai. Cuba bayangkan, kalau dah start cakap telefon, pastu nanti rasa nak telefon lagi.. Pastu start la nak bercinta2.. Oh tidakk!!!!! haha (Apa yang amat membantu sebenarnya ialah saya amat menghalang diri dari bercinta dengannya sebelum nikah.. suka sikit2 tu boleh la kot.. haha.. so, bila tak bercinta, tak dating pun xde masalah la kan.. haha)

       Dalam pertunangan juga, ada perkara yang agak sukar iaitu menjaga rahsia pertunangan.. walaupun kita sedaya upaya untuk merahsiakannya, namun kadang kala terbongkar juga.Yelah, siapa yang tak seronok dengan berita gembira kan. Rasa macam nak heboh2 je kan. Tapi dalam masa yg sama, kita kena fikir, kita hanya merancang je untuk berkahwin, Allahlah jua yang menentukan keterlaksanaan atau tidak sesuatu yg dirancang. Banyak la belajar ketika ni untuk kuat, banyakkan bersabar dalam menghadapi gosip2 dan lebih professional.
Gambar pertunangan


         Mungkin ada yang mengatakan saya ni kolot, tak pandai nak begitu begini. Tak nak itu dan ini. Dalam masa yang sama, saya amat berharap jika seseorang itu serious nakkan kita, dia kena faham segala benda yang saya tak nak. Semua urusan pun saya nak minta pandangan mak. Tapi, itulah saya. Prinsip tetap prinsip. Haram tetap haram. Tak boleh tetap tak boleh. Tak sweet macam orang lain pun tak pe, asalkan saya dan dia terpelihara sebelum akad. haha.. bunyi macam tegaskan.. Tapi itulah cabarannya.. Zaman sekarang ni banyaknya benda yang baik yang tak dilakukan dirasakan pelik, benda yang salah dirasakan biasa (contohnya "dating").

        Dan Alhamdulillah semuanya seperti yang kami mahu. Terima kasih kepada mak, abah, adik beradik, kawan2 dan semuanya dalam membantu saya dan menasihati saya. Jasa kalian takkan dilupakan. Juga tidak dilupakan kepada si "dia" (suami) kerana belajar untuk memahami dan bersabar dengan ketegasanku ini. Diharapkan dia memahami saya dan menerima saya seadanya selamanya. Rasanya itu je kot yang nak dikongsikan. Apa yang penting, doakan kami bahagia dan membahagiakan selamanya. :) 

Gambar dan video yang nak dikongsikan ^_^


Outdoor di taman tasik taiping




saat yang paling mendebarkan ^^


Sedikit pesanan bagi yang insyaAllah akan datang akan mendirikan rumah tangga,


Letak dlm jiwa kita bahawa perkahwinan yang kita impikan adalah sampai syurga. Menjadi kewajiban seorang bakal isteri atau bakal suami menjaga hubungan sejak dari awal. Fikirkan yang aku ini yang mcmmana dan akan melahirkan anak2 aku akan datang yang bagaimana. Sekiranya aku tak jaga dari awal, bimbang hilang keberkatan cinta kita. Cinta yg tulus bilamana seseorang itu menjaga cinta dengan pencipta itu sendiri kerana yg jaga cinta kita itu ialah Allah. 


Jalinkanlah hubungan anda atas dasar syariat Allah yang murni kerana Allah Maha bijaksana dalam menentukan hal yang terbaik untuk hambaNya, termasuklah dalam hubungan sebelum berkahwin. Berbanggalah dengan agamamu, dengan segala ketetapan Allah ke atas dirimu dan binalah cinta atas dasar TAQWA..


Semoga rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa ini akan membawa kebahagiaan buat kita dunia dan akhirat. Akhir kata, doakan kami yang masih baru dalam perjalanan ini ^_^
..
..
..
..


(post ni da lama sangat dikarang.. cuma tunggu masa yang sesuai je untuk di post.. kikiki)

4 comments:

MiszSpecky said...

tahniah...selamat bercinta hingga ke syurga..
aik? smpat lagi dia mengarang...

Miss Z said...

thanks yana.. ameenn..
kan zati da ckp dr zaman bujang lagi menulis post ni.. br sekarang nk publish n edit sket.. huhu

Anonymous said...

Sy share yaa. Thanks

Miss Z said...

sila2.. haha :P

like