27 July 2011

Patah Sayap


Ya Allah berilah aku pentujuk dalam menghadapi ujian di dunia ini

Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini.kau berilah aku ketabahan hati.kau izinkanlah aku untuk mengecap kebahagiaan di saat aku kesedihan dengan menunjukkan kepadaku hikmah disebalik setiap takdirmu.

Ya Allah, pernah disaat aku kesedihan, kau kurniakan aku seorang sahabat yang walaupun tidak memujuk tetapi cukuplah sekadar mendengar luahan hati ini. Disaat aku lemah, kau kurniakan aku sahabat yang ibarat bata yang menyokong aku untuk kuat dan terus berdiri. Dan disaat aku hampir tersimpang, sahabat itu sebagai perantara yang memandu aku kelandasan yang benar. Aku bersyukur atas pemberianmu ya Rabb..

lagu ini ditujukan buatnya..

tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

Ya, seorang sahabat itu hadir dalam kita tidak sedar.Mungkin dulu dia adalah musuh, tapi sekarang dia adalah kawan, begitulah sebaliknya. Mungkin juga dulu dapat dirasakan perhubungan seorang dengan sahabat itu tidak serasi oleh kerana sikapnya, latar belakangnya atau sebagainya. Namun semusim persahabatan menyelusuri masa banyak perkara yang telah dikongsi, pengalaman, persamaan, mision & vision yang akan membuatkan persahabatan itu bertambah rapat dan begitu akrab ibarat burung yang memerlukan sayap untuk terbang.

Walaubagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah resam kehidupan yang tidak dapat dinafikan. Di saat itu, kita akan merasakan goyah tak terdaya, ibarat burung yang patah sayapnya. Dirasakan satu kehilangan yang besar. Tapi kita perlu akur dengan ketentuan takdir. Memang bukan mudah untuk membuat keputusan hidup ini. Pernah dulu aku goyah dengan keputusanku, engkau telah beriku kekuatan. Namun, di saat aku telah tetap dengan pendirianku engkau pula yang goyah pendirian. Ya Allah, engkau sahajalah yang berkuasa membolak balikkan hati kami. Aku akan cuba untuk redha atas ketentuanmu ya Allah seandainya takdir memisahkan kami..

Saat ini aku rasakan tiada kata yang dapat ku luahkan. Tiada tempat untuk ku pinjamkan bahu. Namun hatiku berbisik sesuatu yang amat kugeruni. Mungkin juga aku bukan lagi insan yang pertama yang dapat mendengar keputusan pertamamu. Aku doakan apa yang engkau akan lalui dan putuskan adalah yang terbaik untuk dirimu dan diriku. Semoga perjalanan hidup kami akan sentiasa Engkau tuntuni di jalan yang kami masing-masing akan bahagia.. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb....

19 July 2011

Hati Yang Berbolak Balik

"hati yang bersih akan sentiasa menangisi memohon ampun atas dosa yang pernah dilakukan dan akan sentiasa mengingati kebesaran Allah"

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hati itu umpama sehelai bulu ayam yang berpusing-pusing ditiup angin di tengah padang yang luas. (HR: Ahmad)

Kedudukan hati yang terumbang-ambing di antara perkara baik atau buruk boleh membahagikannya kepada 3 jenis iaitu:


1) Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan dan dibersihkan dari akhlak yang buruk. Dari hati sebegini, lahir cetusan2 kebaikan.

2) Hati yang terabai dan terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan keburukan dan akhlak yang keji. Hati sebegini seumpama mata yang dimasuki asap tebal, lalu dia tidak dapat melihat apa-apa.

3) Hati yang pada mulanya dipengaruhi oleh hawa nafsu yang mendorong ke arah keburukan, kemudian datang cetusan keimanan lalu mendorongnya ke arah keimanan.

Atas sebab itu, kita harus sentiasa mendidik hati dengan perkara kebaikan, melatihnya untuk membuang segala nilai-nilai buruk dan sentiasa berdoa agar Allah SWT mencenderungkannya ke arah kebaikan kerana Dialah yang memegang hati kita semua. Sebab itu Rasulullah menganjurkan supaya kita berdoa:

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2, tetapkan hati kami di atas jalan agamaMu. Wahai yang memalingkan hati2, palingkan hati kami ke arah mentaatiMu.

Tiada siapa yang patut bersikap sombong, menyangka dia yang hari ini baik akan terus baik buat selamanya. Semoga Allah menunjuk kita ke jalan yang diredaiNya.


like