24 January 2013

Mati itu Pasti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSLAMUALAIKUM W.B.T


Bersempana dengan hari memperingati kelahiran junjungan kita Muhammad S.A.W, semoga kita lebih mencintai dan berselawat banyak-banyak.. 



Pada hari ni, dapat satu berita dari kawan sekolah menengah yang kawan kami (laila maisarah) telah kehilangan suaminya buat selama-lamanya.. innalillahiwainnailaihirajiun..alfatihah untuk suami beliau.

Usia perkahwinan mereka baru sebulan lebih.. Rasa macam baru je melihat gambar pernikahan mereka, gambar honeymoon mereka......
masyaAllah, sungguh berat ujianMu buat kawanku ini.. Hanya orang2 terpilih dan betul2 tabah sahaja akan  diuji sebegini.. semoga kawanku ini kuat, tabah  dan sabar atas ujian yang beliau hadapi.. insyaAllah, ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi kat kamu...Allah tidak akan menzalimi hambaNya.. Kamu diuji kerana kamu mampu.. semoga kamu kuat ye sahabatku..

Rasulullah SAW menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)



Tersentap seketika..
Ya Allah, sungguh kami hanya hambamu.. Sungguh, ajal , maut semua x dapat dijangka.. Yang bernyawa tidak kira manusia atau haiwan serta makhluk lainnya pasti akan mati kerana kematian itu pasti, masa dan tempatnya juga telah ditetapkan.. Tidak terlewat atau tercepat walaupun sesaat.. tidak mengira usia ataupun sebab kerana semua telah ditentukan yang Maha Pencipta.. Dia yang menciptakan kita, dan Dia juga berhak mengambil nyawa yang kita pinjam ni untuk kehidupan didunia yang sementara... Allahu Allah.. 


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali-Imran: 185)

wallahu a'lam.. 
sekian

23 January 2013

facebook wajah baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


amat teruja dengan theme facebook baru.. hihihi
kenapa merah??? 
sebab bila tengok lama2 sakit mata.. so, xdela scroll lama-lama facebook.. 
(kejap lagi tukar la tu theme lain..haha)
ok, sekian uollss =)



19 January 2013

Dilema seorang muslimah :Anak perempuan vs Isteri/Bakal Isteri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T





Ok, pada mulanya malas nak share pasal ni (sbb da terlalu byk orang bercerita pasal bab kawin, cinta dsb sampai naik rimas.. haha.. sampai macamtu sekali.. heee )  Tapi bila fikir balik, mungkin ramai wanita diluar sana yang ada masalah macam ni.. Mungkin dalam dilema , keliru, buntu, takut dan segala simptom yang seumpamanya untuk menghadapi masa depan dalam berkeluarga.. Sebab apa eh kita yg wanita ni ada semua perasaan macamtu?? hurm, kalau nak tahu jawapannya, silalah baca.. sesuai untuk bacaan umum baik orang bujang mahupun dah berkawin, baik lelaki mahupun wanita (padahal, siapala sangat yang tengok blog ni.. xpe2 sekadar perkongsian.. ;) )

------------------------------------------------------------------------

Hati. Hati ini berbisik untuk meluahkan rasa. Berkongsi cerita dan pandangan. Mewakili sebuah pemerhatian dan pengalaman serta pengetahuan. Oleh sesetengah wanita di luar sana. Pernikahan itu sunnah dan menyempurnakan iman kita. Sebut pasal nikah, pasti hati ramai berbunga-bunga. Ingin hidup berteman dan memudahkan pengumpulan pahala dan mengelakkan dosa zina. Namun, ramai juga para gadis di luar sana berbelah bahagi untuk mengorak langkah ke alam sana. Dilema menyelubungi diri.

Nikah? Kita bukan sekadar menikah dengan pasangan kita tetapi kita juga bernikah dengan keluarganya selepas ijab kabul dilafazkan. Ini bermakna kita bukan sahaja menerima baik buruk pasangan kita seredhanya tetapi juga menerima keluarganya seluruhnya. Keluarga mertua umpama keluarga kandung sendiri. Sebagaimana kita treat ahli keluarga kita, sebegitulah seharusnya kita perlu treat ahli keluarga pasangan kita. Equally. No bias. Tiada memilih. Tiada berkira-kira. Bukannya kita hulurkan emas kepada ahli keluarga kita tetapi gangsa untuk ahli keluarga pasangan.

Si isteri. Cuba menjadi sesolehah yang mungkin. Cuba toleransi dan menjaga hati si suami, keluarganya dan keluarga sendiri. Andai mendapat suami yang benar-benar memahami dan adil dalam memimpin, akan mudahlah dan senanglah tugas si isteri tercinta ini. Akan berbahagia dalam melaksanakan tugas seorang anak dan pasangan. Tetapi tak semua wanita mampu mendapat suami sebegini. Dan apabila mendapat yang sebaliknya, ia akan jadi satu bebanan dan kesedihan wanita ini. Menjadi satu dilema yang sangat berat. Antara tugas seorang isteri dan seorang anak perempuan. Antara suami yang baru dinikahi beberapa tahun dengan ibu bapa yang membesarkan dan mendidik berpuluh-puluh tahun. Ya, tempat isteri di sisi suami tapi bagaimana dengan keluarga sendiri? Bagaimana untuk tidak menyakiti ibu bapa sendiri di samping taat kepada suami? Payah. Sesak hati. Makan hati. Orang yang tidak mengalami takkan memahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Empati.

Para bakal isteri. Melihat suasana sebegini. Membantutkan naluri hati. Bukan ingin menolak pernikahan. Tidak. Tapi, kerisauan, ketakutan menempa sebuah sanubari. Terlalu banyak yang difikiri. Keraguan bertandang, datang dan pergi. Andai peroleh yang tidak mengerti, apa akan jadi? Tidakkah itu akan menambahkan penyesalan di hati? Ibu bapa yang semakin meningkat usia. Adik-adik yang semakin membesar dan memerlukan banyak benda. Keluarga bukanlah berharta. Kadangkala luaran tak serupa dengan yang dalam. Tanggungjawab dan amanah itu secara tidak langsung terpikul di pundak sendiri. Berat. Sangat berat. Adakah anda para adam memahami? Tiada wanita yang tak mahu berumah tangga sebenarnya. Itukan fitrah. Itukan naluri. Tetapi konflik di kanan dan kiri menawarkan hati individu itu sendiri.

Untuk suami-suami. Pimpinlah secara adil. Fahami isterimu itu. Isterimu itu adalah anak kepada kedua ibu bapanya dan selama-lamanya akan kekal begitu. Dia punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ke atas ibu bapa sendiri. Ya, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami dan syurgamu di bawah telapak kaki ibu sendiri. Tetapi jadilah seorang lelaki yang mampu mengadili. Jangan sampai jelas kelihatan sangat anda itu bersikap berat sebelah. Dan ingat, duit isteri, harta isteri, anda tiada hak untuk semua itu. Andai anda tak mampu untuk membantu meringankan beban keluarga si isteri, jangan pula jadi batu penghalang si isteri untuk menjalankan amanah buat ibu bapa yang dikasihi. Ada sesetengah suami yang menghalang si isteri untuk keluar mancari rezeki. Dikatanya, dia sendiri sudah cukup untuk menanggung mereka sekeluarga. Mengertilah situasi isterimu itu. Bukannya dia gilakan harta. Bukannya dia mahu berfoya-foya tetapi dia punya keluarga besar dibelakangnya. Andainya anda mampu menghulurkan bantuan setiap tika kepada kedua-dua belah keluarga, itu tidak mengapa. Usah biarkan mereka dalam dilema lagi. Jangan menambahkan beban yang tersedia terbeban. Diam tak semestinya membawa erti tiada apa-apa. Kadangkala senyuman dan ketawa itu hanya topeng kepada air mata dan kesedihan. Jangan sempitkan pemikiran. Adil itu bukan apabila mahu berpoligami sahaja tetapi waima hanya seorang isteri pun anda kena tahu erti adil dalam skop yang lebih jauh. Matangkan pemikiranmu walau dalam apa jua perkara sekalipun. Musyawwarah didahulukan, keegoan ditepikan. Keputusan anda tak semestinya tepat dan telus. Be wise. Be fair. Kadangkala hitam anda fikir putih. Biru anda fikir hijau. Sila celikkan mata dan pergilah tambahkan ilmu agama.

Buat bakal-bakal suami. Pernikahan tanpa ilmu dan akhlak sangat merbahaya. Teori dan praktikal adalah dua perkara yang berbeza. Belum tentu semua ilmu mampu kita menghadamnya dan meluahkannya dalam bentuk perlaksanaan. Itu pun andainya kita ada ilmu, tetapi bagaimana pula jika tiada? Akhlak. Bukannya sehari dua boleh hapuskan sikap mazmumah yang sudah umpama menjadi darah daging kita. Anda hanya akan jadi seorang berakhlak andai anda memahami dan memelihara agamamu. Bukan kerana cinta tapi kerana CINTA. Mampukah anda berimaginasi bagaimana sukarnya untuk mengolah sebuah mahligai cinta tanpa keduanya? Adakah anda ingin pernikahan anda hanya mampu bertahan seketika sahaja? Mengertilah, tahu dan faham juga berlainan makna. Walaupun kita mengetahui tapi tidak semestinya kita memahami. Pernikahan itu indah. Sangat indah. Tetapi andai tersilap langkah itu hanya akan mencampakkan ke lembah neraka. Adakah anda sudah bersedia untuk memikulnya? Adakah anda mampu terima keluarga pasangan seadanya? Adakah anda yakin anda mampu bersikap seadilnya pada kedua belah keluarga? Adakah anda yakin anda mampu menghilangkan stigma dilema seorang anak kepada kedua ibu bapanya? Jika ya, maka teruskan niatmu untuk melangkah ke alam seterusnya.

Pilihlah yang memelihara agama tetapi itu bukan bermakna si dia mesti berjurusan agama. Pilihlah yang sealiran fikrah denganmu agar lebih mudah untuk bekerjasama. Pilihlah insan yang mampu menerima diri dan keluarga seredhanya serta mampu mengadili seikhlasnya agar mahligai yang dicinta dan dicipta berkekalan sehingga di syurgaNya.



"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hassan Al-Basri


--------------------------------------------------


Akhir kata dari saya, hidup adalah pilihan.. kita telah memilih untuk hidup di dunia ini.. kita telah pilih untuk berada di jalan ini.. dalam apa juga perkara, pilihlah yang terbaik... dalam kehidupan ini kita sentiasa menghadapi proses perubahan.. dari kecil ke dewasa sehinggalah kita mati.. kita bukan selamanya akan bujang (insyaAllah), maka dalam apa juga keadaan, perubahan itu perlu.. ujian akan sentiasa menyapa dalam kita menghadapi proses perubahan itu sendiri untuk mematangkan kita dan yang paling penting ujian bukan sekadar penghapus dosa, tapi juga satu step yang harus ditempuhi bagi meningkatkan iman kita.. barulah boleh jadi muslim yang mantap.. yang paling penting, sabar itu perlu.. ^_^  

sekian  ^_^

17 January 2013

~~Doa buat Ibu Ayah ~~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami ya Allah..
kurniakanlah belas kasihanMu kepada mereka, sebagaimana mereka kasih kepada kami ketika kami masih kecil

Ampunkanlah segala dosa mereka sama ada sengaja atau tidak ya Allah

Sesungguhmu Rasulmu dah berjanji bahawa doa kami anak-anak akan memberi manfaat kepada ibu bapa kami ya Allah

Pada ibu-bapa kami yang masih hidup, kurniakanlah kepada mereka kesihatan supaya mereka dapat beribadah kepadaMu ya Allah

Berilah kekuatan kepada kami untuk menghiburkan hati-hati mereka sebagaimana mereka menghiburkan kami semasa kami masih kecil

Berilah kekuatan dan kelapangan kepada kami untuk penuhi impian dan kehendak mereka sepertimana mereka penuhi kehendak kami ketika kami kecil dulu ya Allah

Berilah kekuatan utk kami menjenguk dan meziarahi mereka buat mereka tersenyum ya Allah.. Berilah kami kekuatan

**Buat ibu bapa mereka yang telah pergi,jadikanlah tempat persemadian mereka sebagai salah satu dari taman2 syurgaMu ya Allah, himpunkanlah mereka bersama hamba2Mu yang soleh. Ya Allah kurniakanlah kelapangan mereka di alam barzakh, kurniakanlah ketenangan kepada mereka dan himpunkanlah mereka dikalangan wali2mu, di kalangan hamba yang kau redha,
janganlah dosa2 yg kami lakukan harini di bebankan kepada mereka..

ameen ya Rabbal alameenn..


Amat tersentuh dengar ustaz Syed Norhisyam baca doa ni.. waaaaaaa, sedih.. semoga, aku dapat menjadi anak yang berbakti kepada orang tuaku.. semoga doa-doa yang seperti ini dapat kita bacakan hari2 untuk ibu ayah, mak dan abah, mummy n daddy, ummi wa abi dan apa jua gelaran pun..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MasyaAllah.. Subhanallah.. Sungguh, aku amat bersyukur dapat merasai nikmat kasih sayang dari bonda dan ayahandaku.. Sungguh, aku amat mencintai dan menyayangi mereka.. .. MasyaAllah, hebatnya orang yang bergelar ibu bapa yang dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya dalam keluarga, yang dapat beri pendidikan yang baik dan bentuk anak2 dengan baik.. MasyaAllah, hebatnya kesabaran mereka, kekuatan mereka, kasih sayang dan cinta mereka, kecekalan mereka... Allah menciptakan ibu dan ayah juga untuk menunjukkan betapa besarnya kasih sayang yang Allah beri melebihi dari ibu bapa... Dia telah kirimkan kasih sayangNya kepada kita melalui kasih sayang ibu dan ayah kita.. NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN..sungguh, amat hebat Allah.. ni baru satu nikmat.. betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita supaya kita bersyukur.. sungguh, aku amat bersyukur... ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...


p/s: kalau nk tengok video ust syed norhisyam, ni linknya https://www.youtube.com/watch?v=xLVhEwg6_RY









like