13 October 2012

Latihan Industri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


(cerita yang nak diceritakan ni amat lapuk dah.. tapi mengenangkan pengalaman ni nanti lupa, maka rajin plak nak menaip.. kalau pembaca yang tak berminat pun takpe, boleh tinggalkan entri ni.. hahaha)


Semasa di semester ke- 4 degree dulu (24 Mei 2010-2 Julai 2010), saya mengikuti latihan industri di Bank Kerjasama Rakyat Taiping.. Memang hajat di hati memang nak mohon LI kat dekat2 rumah je sebab senang nak pergi ada orang amik hantar (malas nk berdikari naik bas bagai).. Time nak mintak tu memang bajet nak mintak bank je memandangkan nak keje kat tempat ber"aircond".. hahaha.. padahal nk main2 dengan duit, tapi rupa2nya xde la main dengan duit pun..

Ok, senang cerita nak cerita dari awal la.. Time nak mintak tu semuanya cari sendiri alamat dan tempat2 semua tu..Ada jugak yang suruh abah tolong tanyakan (CIMB & KWSP).. Ada minta 5 tempat.. bank rakyat, cimb, KWSP, wisma persekutuan dan percetakan shamsudin ramli (pakcik punya kedai sure dpt, tp nak yg dkt tepeng jugak)..Punya la lambat dapat keputusan, lastly dapat bantuan dari piqah rafi sbb ayah dia kerja situ.. so, dipermudahkan dan alhamdulillah dapat tempat yang dekat.

Pada mulanya, saya di tempatkan di unit kredit. 3 minggu je di sini.. unit ni amat best sebab dapat buat pengiraan dan banyak berinteraksi dengan customer.. time duk sini, kadang2 terbalik lewat sikit.. kalau keluar lambat sikit, nanti abah akan cakap nape lambat?? banyak sangat ke kerja?? (sebab time tu abah tengah aktif dengan kebunnya, teringat kambingnya & ikan kelinya..hihi).. kawan sepraktikal ada nani & pisah dip dari KUIS(time 3 minggu pertama), then kak lia dan kak wan deg dari UUM (3 minggu terakhir).. selain dari tu, kawan2 kat unit ni kak salbiah, kak mala, khai, en.kerel, en.tajul, kak nurul, kak ogy, en tajudin, en.yusuf, en.hasrul, en.ikhwan n ade la lg yg x bape nak igt..hahaha.. kalau kat sini saya amat sng dibuli sebab saya macam budak2 dan kalau diorang suruh buat kerja, saya akan lari ambil apa2 diorang nak..so, kerja jadi cepat..

ni la kawanku, pisah dan nani yang sangat best

pisah nani, kak sal dan pn. azlina

bersama kak lia

tengah isi buku laporan


Lepas pisah dan nani keluar, saya terus ditukarkan ke unit dokumentasi & susulan atas arahan puan azlina.. waktu ni sedih sgt sbb da rapat dgn org bawah, tiba2 kena tukar unit (dah dijanjikan 5 minggu setiap unit).. unit ni puan tu amat garang.. takutt.. kerja pun tak best sangat.. cop fail jelas sampai berjuta2 (2 minggu kot buat ni).. saya ni kalau buat kerja, mesti nk selesaikan jugak.. fail tu entah dari tahun bila tah diorang tak cop.. org sebelum ni ada jugak copkan tapi diorang cop sikit2 je.. cop la sampai demam dan lenguh badan sepanjang seminggu pertama..then wat kerja hasil, susun fail dan yang paling org praktikal lain tak pernah buat adalah akadkan org yang nk buat pinjaman (sbb kekurangan staff.. mereka g beijing).. dah la tak belajar cara nak akad dgn betul.. main akad je.. harap2 sah la jual beli beberapa org yg saya akadkan itu.. fuhh..

Sebenarnya apa yang saya nak kongsikan adalah pengalaman semasa bekerja.. memang amat susah sebenarnya bekerja ni.. Environment memang cukup berbeza.. mereka kadang2 keluar perkataan yang kesat dan ada jugak perbincangan yang anak dara geli nak dengar (ada topik mengarut saya akan lariii)... Tapi lama2 diorang paham dan respect la dgn kita yg msh budak mentah ni..

sebelum berpisah bersama unit dokumentasi

sebelum berpisah bersama unit kredit

hadiah dapat banyak oooo... tapi gambar tak jumpa..hihihi

Apa tips yang saya nak kongsikan adalah

1) Penampilan diri kita. Dengan penampilan kita yang seadanya, dengan sikap kita yang bagaimana, mereka akan lebih menghormati kita. Bila ada yang nak keluarkan perkataan yang tak elok tu, kita bagi nasihat dengan berhikmah sebab kita kena ingat mereka lebih tua dari kita.. silap cakap nanti habis 1 pejabat cop kita.. hehe

2) Hormat orang yang lebih tua dan berpengalaman dari kita. Walaupun kita tak suka macammana pun, hormatilah semua orang.. percayalah, bila kita menghormati orang lain, orang akan hormat kita..

3) Istiqamahlah dan jangan mudah terpengaruh.. Apa yang kita bawa ketika masuk, jangan kita lupakan.. Pernah la kakak pejabat cakap yang saya ni tak bergaya langsung, tudung pun macam tudung alas meja (amboi, sedih jugak kot), tapi perlu ke kita kena ubah seperti apa yang mereka mahukan?? Kalau ia tak langgar syariat ok boleh teruskan.. tapi kalau apa yang diorang nak kita tak suka buat apa?? Cantik di mata manusia bukan dapat apa2.. So, bertegas sikit kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul..

Ok, apa yang penting adalah pengalaman time belajar tak sama dengan bekerja. Ilmu dan iman kena kuat la dalam menghadapi onak dan ranjau berduri tu.. Apa yang paling best sepanjang LI ni adalah mak bekalkan setiap hari bekal.. kawan2 selalu suruh makan kedai tapi bagiku, masakan mak lagi sedap dan menjimatkan duit... hihihihi... Dan yang buatkan terharu jugak adalah abah tukar kerja dari shift pagi, malam, off kepada office hour... then, lepas saya habis LI abah tukar semula kepada kerja shift (katanya senang nk jaga kebun)..haha.. sayang sangat mak abah..demi anakmu nan seorang ni...hihihi

sekian untuk entri yang panjang berjela ni..adios... hihi ^_^

9 comments:

MiszSpecky said...

wahhh...persis org bekerjaya sudah

Anonymous said...

salam...sy nak tnye bpe allowances yg bank rakyat bg?

Miss Z said...

dia bg elaun sebulan rm100 je..

Anonymous said...

Nk tnye la kn..apply prktikal bank dicawangan kne hubungi bnk cawangn trus or hq?

ara rara said...

akak. boleh tak akak kasi contoh laporan harian, laporan mingguan and final report. boleh jadi kan contoh kepada budak yang bakal nak praktikal or habis praktikal. (: thank you.

ARISA ERIZAWA said...

salam sy skrg tgh praktikal jugak kat bank rakyat...klau sy nk tgk akak punya final report blh x?? sy nk tahu ape je yg akak masukkan kemudian mcm mana akak trgkan

nabilaomm said...

salam ajj nak tnya..kalo kita mohon perlu tak follow up which sy kol mereka setelah seminggu permohononan dibuat..thank akk

Anonymous said...

salam..nak anay klo nk mintak praktikal dekat bank dekat dgn area yg kte nk, cnthny cimb bank dekat daerah tut tut tut..kte just trus hntar kte pny resume dekat ctu ke?

Az said...
This comment has been removed by the author.

like