02 August 2011

Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t…

Ramadhan al-kareem kembali lagi…. Alhamdulillah, Allah mempertemukan kita dengan ramadhan kali ini… 1 Ogos= 1 Ramadhan kali ini dirasakan cukup bermakna buatku kerana ianya dirasakan begitu istimewa..Kata Ramadhan berasal dari bahasa Arab = Ramadhan, jamaknya Ramadhaanaat atau armidaa’, merupakan bulan ke-9 dari tahun Hijriah. Dari pengertian bahasanya, arti Ramadhan = panas, yg diberikan oleh orang2 Arab karena pada bulan 9, padang pasir terasa sangat panas oleh terik matahari. Hal ini sesuai dengan kebiasaan orang Arab yg memindahkan suatu istilah dari bahasa asing ke bahasa mereka yg sesuai dengan keadaan yg terjadi pada masa tersebut.

Dalam Islam, bulan Ramadhan mempunyai makna yg istimewa dan kedudukan yg mulia karena banyak terjadi peristiwa penting:
1. Diturunkannya al Qur’an (Nuzulul Qur’an)
2. Satu-satunya nama bulan yg terdapat di Qur’an (al Baqarah(2):185)
3. Kemenangan besar yg diperoleh Rasululloh SAW bersama kaum muslimin dalam perang Badr
4. Fath Makkah, yakni penaklukan Mekkah
5. Terdapat 1 malam yg lebih baik dari 1000 bulan (+/- 83tahun), (al Qard(97):3)
6. Diwajibkannya berpuasa (Al Baqarah(2):183)
7. Diangkatnya Muhammad menjadi Rasululloh SAW
8. Dilimpahkannya pahala yg sangat tinggi oleh ALLOH SWT terhadap orang yg beramal saleh + beribadah pada bulan ini
9. Dibukanya pintu surga dan ditutupnya pintu neraka (meskipun dalam arti kiasan)
10. Menjadi kafarat terhadap dosa-dosa hingga
Ramadhan berikutnya, sepanjang sholat fardhu dari satu Jum’at ke Jum’at berikutnya
11. Orang yg berpuasa dengan ikhlas + penghayatan yg mendalam di bulan
Ramadhan akan diberikan ampunan atas segala dosanya

Alhamdulillah buat kesekian kalinya setelah bertahun-tahun saya tidak dapat menyambut 1 ramadhan bersama keluarga akhirnya kini saya dan keluarga dapat menjalankan ibadah puasa dan menunaikan solat tarawikh secara jemaah di surau Taman Kaya. Ramai sekali orang taman ni solat terawikh, Alhamdulillah. Tapi, kebiasaannye di akhir2 bulan nanti surau sudah mula reda dengan orang. Ya, mgkin juga ada yang nak solat berjemaah di rumah, mungkin juga ingin menghabiskan bacaan al-Quran dan mgkin juga lelah melakukan kerja harian yang kadangkala merungsingkan kepala. Namun, semangat Ramadhan ini diharapkan tidaklah hangat2 tahi ayam..

Checklist Ramadhan…

1) Niat Puasa

2) Membaca al-Quran

3) Solat berjemaah

4) Solat-solat Sunat

5) Tadarus al-Quran

6) Zikir & Mathurat

7) Melakukan Kebaikan & mengelakkan kemungkaran < jaga pandangan, hati, lidah dsb..>

8) Membaca buku2 ilmiah

Disini saya sediakan sedikit checklist ramadhan yang mungkin juga dapat membantu diri kita supaya dapat menambahkan pahala. Pada bulan ni banyak amalan yang boleh kita lakukan. Kenapa kita perlu berkejar2 untuk merebut pahala dari bulan ramadhan ni?? Ini adalah kerana pada bulan ini pahala dilipat gandakan. Setelah apa yang kita telah lakukan pada bulan2 sebelumnya,dosa dan khilaf yang kita lakukan hari2 tanpa disedari di harap dapat di ampunkan Allah. Semoga tugas kita sebagai hamba Allah dapat disempurnakan dengan jayanya.amin…

Saya juga nak kongsikan doa pada bulan Ramadhan yang boleh kita baca dalam masa seminggu ni… ade yg mengatakan yang doa2 ni semua mana datang hadith nye??sahih ke tak?? Tapi bagi saya, jika ianya sekadar doa dan ianya tidak menyusahkan dan tidak mendatangkan keburukan atau kemudharatan, maka apalah salahnye kita membacenye….

دعاء اليوم الأول
اَللّهُمَّ اجْعَلْ صِيامي فيهِ صِيامَ الصّائِمينَ وَ قِيامي فيِهِ قِيامَ القائِمينَ ، وَ نَبِّهْني فيهِ عَن نَوْمَةِالغافِلينَ ، وَهَبْ لي جُرمي فيهِ يا اِلهَ العالمينَ ، وَاعْفُ عَنّي يا عافِياًعَنِ المُجرِمينَ .

دعاء اليوم الثاني
اَللّهُمَّ قَرِّبْني فيهِ اِلى مَرضاتِكَ ، وَجَنِّبْني فيهِ مِن سَخَطِكَ وَنَقِماتِكَ ، وَ وَفِّقني فيهِ لِقِرائَةِ اياتِِكَ ، بِرَحمَتِكَ يا أرحَمَ الرّاحمينَ

دعاءاليوم الثالث
اَللّهُمَّ ارْزُقني فيهِ الذِّهنَ وَالتَّنْبيهِ ، وَباعِدْني فيهِ مِنَ السَّفاهَةِ وَالتَّمْويهِ ، وَ اجْعَل لي نَصيباً مِن كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فيهِ ، بِجودِكَ يا اَجوَدَ الأجْوَدين

دعاء اليوم الرابع
اَللّهُمَّ قَوِّني فيهِ عَلى اِقامَةِ اَمرِكَ ، وَ اَذِقني فيهِ حَلاوَةِ ذِكْرِكَ ، وَ اَوْزِعْني فيهِ لِأداءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ ، وَاحْفَظْني فيهِ بِحِفظِكَ و َسَتْرِكَ يا اَبصَرَ النّاظِرينَ

دعاءاليوم الخامس
اَللّهُمَّ اجعَلني فيهِ مِنَ المُستَغْفِرينَ ، وَ اجعَلني فيهِ مِن عِبادِكَ الصّالحينَ القانِتينَ ، وَ اجعَلني فيهِ مِن اَوْليائِكَ المُقَرَّبينَ ، بِرَأفَتِكَ يا اَرحَمَ الرّاحمينَ

دعاء اليوم السادس
اَللّهُمَّ لا تَخْذُلني فيهِ لِتَعَرُّضِ مَعصِيَتِكَ ، وَلاتَضرِبني بِسِياطِ نَقِمَتِكَ ، وَ زَحْزِحني فيهِ مِن موُجِبات سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ اَياديكَ يا مُنتَهى رَغْبَةِ الرّاغِبينَ

دعاء اليوم السابع

اَللّهُمَّ اَعِنّي فيهِ عَلى صِيامِهِ وَ قِيامِهِ ، وَ جَنِّبني فيهِ مِن هَفَواتِهِ وَاثامِهِ ، وَ ارْزُقني فيهِ ذِكْرَكَ بِدَوامِهِ ،بِتَوْفيقِكَ يا هادِيَ المُضِّلينَ

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kita semua. Di bulan ini juga saya amat berharap hubungan dengan Allah, dengan saudara mara, sahabat handal, mudir2 dan dengan seluruh makhluk Allah dapat dibaiki.. Syaitan semua dah digari, maka setiap perlakuan diri kita adalah akhlak kita yang sebenarnya.. Diharapkan semoga amalan kita di bulan ramadhan ini di terima Allah...

Akhir kata pesanan dari saya agar kita sama2 ‘fastabiqul khairat’.... Jika kita x mampu untuk melakukan kebaikan dalam sehari at least kita berusaha untuk mengurangkan dosa yang pernah kita lakukan.. Yang penting kita IKHLAS MENGEJAR CINTA KITA KEPADA-NYA..... semoga tulisan saya yang serba ringkas ini dapat diterima kerana saya akui yang saya adalah insan yang lemah , serba kekurangan dan mempunyai banyak dosa....semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri kita....

like