25 July 2013

Bas aka Bus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Hai semua.. hari ni nak cerita pasal bas.. bas apa yang korang selalu naik?? Saya banyak sangat pengalaman dengan bas ni.. Ok.. Semasa di sekolah rendah, saya hanya menggunakan basikal untuk ke sekolah.. berlumba la saya ke sekolah farduain dgn abang saya.. Masa tu, basikal tayar mati.. haha.. abg tayar hidup.. for sure la dia menang!! Sekolah kebangsaan start naik basikal waktu darjah 4.. sblm tu kena hantar je sbb tak dipercayai.. kesian2~

Ok, start naik bas waktu menengah!! Sewaktu sekolah asrama, saya selalu balik naik bas ekspress Ipoh-Taiping. Masa tu tambang rm5-6 something je.. Skrg entah brapa la ye?? Keluar sekolah boleh terus naik bas yg lalu depan sekolah utk pergi ke medan kit (is it correct? haha). Kalau balik, saya suka balik area pukul 12.30-1.30 sebab budak izzuddin tak kluar lagi (diorg semayang jumaat dulu).. heh! Tak suka beramai2 dan bersesak2 di medan kit tu. Kena tinggal bas pun pernah waktu form 1. Aduh!! pengalaman yg paling serik sekali, sbb nak beli tiket baru pun dah habis!! ni kes tunggu kawan.. hehe.. tp, xde la lambat pun, cumanya bas yang lalu depan sekolah tu tak muncul2 hari tu... Memang berjuraian la air mata kami berdua sebab tak pandai nak naik bas ting tong!! Pastu, memang tak pernah lambat dah la~ 
**yang selalu belikan tiket dulu ustazah fatimah..thanks ustazah! so selalunya pasal beli tiket xde masalah.. huhu

Ok, kat matriks pun masih menggunakan perkhidmatan bas Ipoh-Taiping ni. Tapi, apa yang tak best, tak de siapa2 yang dapat belikan tiket awal2. Ada sekali tu, cuti raya cina, ramai shaddada org nk balik. Dah la boleh keluar dari matrik tu dah petang. Dari gopeng ke medan kit pun dah macam dari ipoh ke taiping.. jauh betul rasanya.. then sampai2, tiket habis. waktu tu pkul 5.45. ok, naik bas ke kuala kangsar. 5.45 ada bas, tp xdpt nk naik. berebut2 dgn bangla2 skali ramai.. 6 dan 6.15 ada lagi bas, tp still tak dapat naik. Then, 6.30ptg, kesabaranku hilang. Apalagi, saya naik bas dengan taktik memijak kaki orang.. haha.. time tu rasa macam ganas sesangat walupun pakai baju kurung. Nasib la, tak teruk pun saya pijak (harapnya org tu maafkan).Tapi, lega sangat dapat naik dan dpt duduk dalam bas yang super padat tu (kalau saya tak dapat duduk, mesti saya la yg paling tak seimbang utk berdiri)..Kawan2 semua tanya, "eh, macammana kau dapat duduk??"..hahahaha, sambil buat muka berlagak! 

Kat  universiti, saya suka naik bas..errr, haha.. macam2 pak cik yang saya ingat.. p.cik ktf yg peramah, p.cik senyum dengan lagu hindustannya, p.cik adlin aman ramli yg garang, p.cik baik, p.cik sombong.. Mslh2 dgn bas yg bau busuk IS, laki2 yg suka amik sit sorang2 sampai org lain nak duduk susah, berlari naik bas tu perkara biasa dari dulu sampai sekarang. Ada p.cik yg kitorang tahan dia tak layan (salah sendiri sbb bkn tunggu kat bus stop), tapi ada je p.cik yg baik yg akan berenti je.. Yang paling tragis sekali kena marah dengan pak cik bas.. Kalau kira semua peristiwa, wah, banyak!!!

Tipu la kalau tak pernah duduk sblh laki kan.. haha.. tapi, kalau duduk pun, saya hanya duduk separuh je dari kerusi tu! nasib baikla tak gemuk kan.. haha..Ada pernah naik bas ting tong tu, ada je sit kosong, tp disebabkan sblh laki, saya memilih tak duduk.. Nasib baik aunty tu cakap kt sorg laki ni "adik, adik pindah duduk laki sana.. kesian amoi (saya) ni tak dapat duduk.. kadang2, orang cina lagi faham dari orang melayu sendiri.. aduhaiii sedara2 sekalian.. Kalau kes bas tu bawa laju sangat (utk perjalanan jauh), tgokla, kejap lagi abis saya sakit pinggang sebab tahan break kaki sendiri (walaupun xde faedah pun. heh!!).. Istimewanya balik kampung malam2 bila tidur, bas laju sangat pun tak sedarkan diri.. hahaha..

Ok, bersempena nak raya ni, so kena fefeeling nak naik bas la ni setelah 2 bulan lebih tak balik.. sobss2.. Bas yang saya suka naik setakat ni jb-taiping ialah bas kkkl.. Sepanjang observation selama 5 tahun (lamanye saya da duduk johor) , bas ni best sebab punctual ambik penumpang, selesa, dan yang paling penting sampai rumah memang before subuh.. kalau bas lain, alamatnya, bersedialah nak subuh gajah baru sampai.. adehhh -,-"


Pengajaran:
1) Pastikan beli tiket awal untuk mendapat bas yang best, waktu yg best, dan sit yang best..
2) Sampai ke stesen bas awal..
3) Baca doa naik kenderaan tau!!
4) Lecturer saya pernah pesan suruh pasang alarm setiap jam bagi perjalanan malam supaya driver tak ngantuk.. haha


itu je la kot u ollsss.. saje sesuka nak bebel pasal bas.. zaman akan datang mana la tau bas ni tak wujud dah.. blh la buat kenangan kisah2 ni.. hahaha..

selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya!!




11 comments:

Anonymous said...

Singgah.wahahaa

Miss Z said...

suke beno anonymous yg menyinggah ni.. (-,-)"

Anonymous said...

wahahaa... secret recipe~~

Miss Z said...

apa kaitannya dgn secret recipe wahai anonymous?

Anonymous said...

nothing. just joking only.wahahaa.. we have been never meet before? I think i know u well.@@

Miss Z said...

hurm.. maybe.. but i think u dont really know me well..

btw,since the first time you enter this blog, I can trace who you are.. haha.. anyway, I'm back today.. bye.. assalamualaikum~ (like this also can right? haha)

Anonymous said...

But i am Anonymous, the greatest hacker. How do you know me?@@

Good luck for ur journey.hahahaa...

Salam Ramadhan. btw, nice blog here~~

Miss Z said...

maybe my instinct quite strong.. or perhaps, the way you write.. cause i dont have many follower , so its too easy to guest who u r.. hahaha

salam ramadhan n salam aidilfitri to youu too!!

MiszSpecky said...

Aku nk kuih raye..byk!

MiszSpecky said...

Aku nk kuih raye..byk!

Miss Z said...

jemput la datang rumah yana..aku balik sini da lambat mungkin kuih dah habis.. hahahaha..

like