31 July 2013

Cinta Monyet

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Assalamualaikum dan selamat berpuasa di hari-hari terakhir ramadhan ni. MashaAllah, sungguh aku tidak selalu berhadapan dengan dunia luar yang lagi banyak berhadapan dengan ragam manusia dan lagi banyak cabarannya. 

Kadangkala aku rasa alhamdulillah sekarang ni kalau nak dapat ilmu agama, amatlah mudah. Orang yang baik tu, terlalu banyak untuk dikagumi dan telah ramai orang yang melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Syukur sangat dengan segala kebaikan yang aku nampak. Tapi, aku tidak selalu berhadapan dengan orang luar. Adakah mereka cukup menerima ajaran agama, dan segalanya yang perlu ada? Ya Allah, masih banyak tugas kita sebagai orang yang tahu. 

Ok, berbalik pada main point cinta monyet. Baru-baru ni adik2 ada menceritakan kisah2 cinta2 monyet ni. Aku dari dulu sampai sekarang pelik dan amat tak faham dengan budak2 yang terlalu mengejar cinta walaupun masih dalam sekolah. Ada yang sanggup mengikut lelaki sehingga meminggirkan keluarga. Ya Allah.. Apakah yang terjadi pada mereka ni?? Apa yang mereka nak sebenarnya?? Sekolah pun tak habis lagi da fikirkan nak berkasih! aduh!! (-,-)" peluh besar

Sedarlah adik2, sanggup adik2 melukakan hati kedua ibu bapa adik2 hanya kerana cintakan seorang lelaki/perempuan? Dah cukup ke tanggungjawab yang kita laksanakan pada ibu bapa kita sampai sanggup nak ada tanggungjawab baru jaga anak orang? (selalu nama je nak jaga anak orang, tapi bukan niat nak kawin pun kalau budak2 besar ni.. heh!!).. Da cukup ke tanggungjawab kita dengan Allah? Kalau solat pun tak cukup, parents yang berkorban menyekolahkan anak2 untuk belajar,tapi belajarnya entah ke mana.. Ya Allah.. apa nak jadi la dengan budak2 sekarang ni..

Ada yang sampai menderhakai parents sebab seorang kekasih.. Diorang suka ke dengan pasangan yang tak dengar kata dan sanggup melukakan hati parents ni..untuk berseronok mungkinlah..  Ada yang tulis surat cinta kat cikgu sekolah sendiri dan boleh pulak panggil abang sayang bagai!! arrgghhh, muntah hijau cikgu tu kata baca surat2 cinta budak2 ni.. Bila tahu berita macamni pun dah boleh menimbulkan kerisauan yang besar.. Ya, amat risau dengan generasi sekarang dan akan datang. Masih selamatkan mereka. Semoga adik2ku terpelihara dari benda yang memeluatkan ni..

Buat adik2 sekalian, tak perlulah mengejar cinta time2 macam ni. Dahulukan yang mana lebih aula. Siapalah aku kalau nak bercakap tentang ni. Tapi percayalah, tak guna bercinta kalau jalannya tak diredhai, salah, tak direstui parents. Memang orang akan kata kuno, zaman sekarang memang orang kena bercinta dulu kalau tak, tak berjodohlah, memang orang akan kata kolot. Memanglah tak 'seronok' cam org lain. Biarlah apa orang nak kata wahai adik2.. yang penting kita yakin kita memang memiliki cinta ibu bapa kita yang lagi awal menyayangi kita.. Bayangkan kalau kita jadi parents, anak kita sayang orang lain melebihi kita.. sangat sedih kan!! Mahalkanlah cinta kita kepada yang lebih utama dan lebih berhak. InsyaAllah hati kita akan rasa suci je.. Jagalah hati sebelum halal ok!!

Sesungguhnya aku amat meluat sangat2 dengan budak2 kalau dah gatai macam ni.. Tidak malukan mereka??  Hurm mungkin aku tak rasa apa yang mereka rasa, tapi pleaseeelahhh!! Memang ber'emo' sikit hal2 macam ni.. Kalau jumpa depan mata, dah lama kena brainwash.

p/s: post kali ni khas buat budak2 sekolah. dan aku tahu, benda2 ni kecil je kalau nak dikira dengan masalah bagi yang lebih dewasa dari budak2 ni. Mesti lagi parah dan banyak yang aku tak tahu sebab benda2 ni serius aku tak suka dan malas nak ambil tahu sangat sebab mereka da besar dan pandai2 la fikir sendiri jalan yang terbaik ok..


ok, sekian saja untuk menyatakan kekesalan dengan penyakit akhir zaman ni..



4 comments:

Anonymous said...

First~~

Nice advice from Miss Z. Terasa zaman sekolah2 dulu. Laa ni da besar bila fikir balik banyak buang masa je sume tu dulu. maklumla, sekolah biasa2 je. anyway, sy odw untuk berumah tangga. Doakan semuanya selamat ya. Aminnn. ;P

Miss Z said...

Tahniah anonymous memilih utk berumah tangga dan yg pasti anda taklah budak sekolah lagi kan.. mmg rugi je bercinta time sekolah.. memang naluri tak menafikan, tp apa2 pun kena jaga diri dari mengotorkan kesucian cinta tu..even bdk skolah agama sendiri pun ramai yg hanyut.. seandainya pernah bercinta pun, jgn pernah igt cinta lama lagi.. lastly, semoga rmh tangga anonymous memperoleh barakah dariNYA.

Anonymous said...

nak entry pasal hari lahir pulak. cepat2. ^^

Miss Z said...

oh, mungkin takde entry tu..

like