23 March 2013

Teguran Terbuka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Saya nak ceritakan 1 kisah. Saya ada seorang kawan. Saya namakan dia si A. Kadang2 saya rasa pelik sangat dengan sikap si A ni. Ya, dia cerdik pandai. Tak dinafikan dia pandai menulis, ada bakat dsb. Saya juga ada membaca karya2 dia. Tapi, ada banyak perkara yang selalu menjengkelkan saya tentang si A ni. Perasaan nak tegur ni ada, tapi selalu tak kesampaian di sebabkan si A ni lelaki, dan saya sedar siapalah diri saya untuk menegur. Dan bila diberi kekuatan untuk menegur, terus diblock fb saya. Ok, fine. 

Saya bukannya tegur perkara yang salah pun. Mungkin juga saya tegur tak kena gayanya kan. Tapi, sebagai orang yang cerdik pandai, walaupun tak boleh terima dengan teguran orang lain, silalah bertindak secara profesional. Siapalah kita kan sampai tak boleh ditegur. Saya minta maaf banyak2 andai teguran itu berbisa.

Ok, saya bukan tegur pasal ni pun. Pasal lain. Tapi ni antara perkara yang menjengkelkan saya terhadap si A ni. Si A ni ada kawan perempuan. Mungkin boleh dikatakan bakal isterinya. Si A ni selalu masukkan gambar si perempuan ni. Di puji, di puja, di angkat kecantikan si perempuan ni di statusnya. Apalah sangat yang nak ditayangkan dengan kecantikan si perempuan ni dengan senyuman yang "mempersonakan". Saya tengok, tak de walau seorang pun menegur dengan sikapnya. Mungkin orang menghormatinya dengan kepandaiannya dalam berkata2 dan berkarya kan. Atau mungkin juga segala teguran itu di delete / block terus kawan2 yang menegur kan. Adakah kita ni terlalu sempurna sehinggakan tak boleh langsung terima kritikan dan teguran orang lain? Ya Allah.. semoga kita di kalangan orang yang berlembut hati..

Saya langsung takde niat nak memburukkan si A. Tapi kalau dulu, walaupun saya pelik dan marah dalam hati dengan sikap si A yang selalu update status dan penulisannya tentang perempuan ni (ye la.. kecantikan seseorang perempuan bukan untuk selalu dipamerkan.. seronok eh, orang lain tengok kekasih jadi tatapan umum?), namun, dalam marah2 saya pun, saya tetap doakan si A ni berhenti dari segala aktivitinya yang sia2 tu. Si A ni bukannya orang yang tak faham agama. Anda cerdik bukan. Tapi, kalian bukannya pasangan suami isteri lagi. Ya, kalian tak seperti pasangan couple lain berdating atau berpegangan tangan. Tapi, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan kan. So, kalau lelaki lain suka dengan kecantikan si perempuan ni, dan ada pulak orang lain yang berniat jahat?? Nauzubillah.. Lepas di block ni, saya tak tahu dah kan cerita korang. Doa terakhir saya, semoga jodoh kalian disegerakanlah, dan semoga si A ni berubah.. Saya akui, kalau perempuan lain tengok pun boleh dikatakan manis si perempuan ni, apatah lagi pada pandangan lelaki?? Kita kena ingat.Bukan semua pandangan orang baik.


Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan. Saya mohon maaf atas segala kelemahan diri saya. Semoga kita semua senang untuk menerima kebaikan.. Ya Allah..

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

p/s: Biarlah habis semua orang nak block kita pun tak pe.. Yang penting, kita cuba untuk menegur. Ya, menegur / mengajak orang buat baik, memang 1 risiko. Tapi, selagi tak tegur, selagi tu kita marah sorang2 dalam hati. Sebab apa?? Sebab benda tu kita nampak, kalau tak tegur, nanti kita dipertanggungjawabkan. Tapi, selalunya bila dah tegur, lain pulak jadinya.. hurmm.. Kalau saya salah, sila tegur saya. Saya bukan insan sempurna. Tolonglah tegur saya dan sekali lagi saya minta maaf jika ada silap salah saya.. semoga Allah memberkati kamu semua.. amiinn..

02 March 2013

TIPS HAFAL AL-QURAN BAGI YANG BUKAN ALIRAN TAHFIZ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kali ni, saya nak share macammana nak hafal al-quran bagi yang bukan tahfiz.. Sebenarnya, penting kan kita sebagai makhlukNYA, yang Allah dah turunkan  mukjizat paling besar pada rasulullah, iaitu kitab Al-Quran.. betapa hebatnya Rasulullah yang ummi, dapat hafaz al-Quran pada masa tu juga.. kagumnya.. ok, boleh teruskan baca kisah dibawah.

__________________________________________________


Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad ...

seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal


Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.


Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.


Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.


Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut


Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.


Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.


Tip 7 – Perbaiki tajweed anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.



Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan

Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.


 Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.


 Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.



Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:


Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.


 Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.


One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


__________________________________________________

Wah... bestnya kalau dapat hafal al-Quran.. kita dari kecil lagi baca Quran, tapi, tak pernah pun kita rasa boring ke, jemu ke kan.. tu la antara kehebatan Quran.. bahasa dan segalanya indah dari Al-Quran.. Cuba bayangkan kalau kita ni hafiz/ah, then kita amal & rujuk al-Quran sebagai panduan hidup, nak cakap je petik ayat al-Quran.. wah, indahnya hidup ni... tak dapat nak di bayangkan.. Allah sayang kita, Rasulullah sayang, semua akan sayang kita.. Pasti dikalangan ahli syurga.. bukan kita je, keluarga kita pun kita boleh tarik masuk syurga..

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

**banyak lagi kelebihan, boleh search sendiri ok  (^_^)



nota kaki: dari dulu lagi bercita2 nak hafal, semangat datang kejap, pastu hilang, pastu lupa.. apaa ni!!!!  (marah diri sendiri yang banyak sangat buang masa).. ok, start dari sekarang, reset azam.. harap2 berterusan!!  doakan ye.. JOM kita semua jadi generasi al-Quran..

like