23 March 2013

Teguran Terbuka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Saya nak ceritakan 1 kisah. Saya ada seorang kawan. Saya namakan dia si A. Kadang2 saya rasa pelik sangat dengan sikap si A ni. Ya, dia cerdik pandai. Tak dinafikan dia pandai menulis, ada bakat dsb. Saya juga ada membaca karya2 dia. Tapi, ada banyak perkara yang selalu menjengkelkan saya tentang si A ni. Perasaan nak tegur ni ada, tapi selalu tak kesampaian di sebabkan si A ni lelaki, dan saya sedar siapalah diri saya untuk menegur. Dan bila diberi kekuatan untuk menegur, terus diblock fb saya. Ok, fine. 

Saya bukannya tegur perkara yang salah pun. Mungkin juga saya tegur tak kena gayanya kan. Tapi, sebagai orang yang cerdik pandai, walaupun tak boleh terima dengan teguran orang lain, silalah bertindak secara profesional. Siapalah kita kan sampai tak boleh ditegur. Saya minta maaf banyak2 andai teguran itu berbisa.

Ok, saya bukan tegur pasal ni pun. Pasal lain. Tapi ni antara perkara yang menjengkelkan saya terhadap si A ni. Si A ni ada kawan perempuan. Mungkin boleh dikatakan bakal isterinya. Si A ni selalu masukkan gambar si perempuan ni. Di puji, di puja, di angkat kecantikan si perempuan ni di statusnya. Apalah sangat yang nak ditayangkan dengan kecantikan si perempuan ni dengan senyuman yang "mempersonakan". Saya tengok, tak de walau seorang pun menegur dengan sikapnya. Mungkin orang menghormatinya dengan kepandaiannya dalam berkata2 dan berkarya kan. Atau mungkin juga segala teguran itu di delete / block terus kawan2 yang menegur kan. Adakah kita ni terlalu sempurna sehinggakan tak boleh langsung terima kritikan dan teguran orang lain? Ya Allah.. semoga kita di kalangan orang yang berlembut hati..

Saya langsung takde niat nak memburukkan si A. Tapi kalau dulu, walaupun saya pelik dan marah dalam hati dengan sikap si A yang selalu update status dan penulisannya tentang perempuan ni (ye la.. kecantikan seseorang perempuan bukan untuk selalu dipamerkan.. seronok eh, orang lain tengok kekasih jadi tatapan umum?), namun, dalam marah2 saya pun, saya tetap doakan si A ni berhenti dari segala aktivitinya yang sia2 tu. Si A ni bukannya orang yang tak faham agama. Anda cerdik bukan. Tapi, kalian bukannya pasangan suami isteri lagi. Ya, kalian tak seperti pasangan couple lain berdating atau berpegangan tangan. Tapi, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan kan. So, kalau lelaki lain suka dengan kecantikan si perempuan ni, dan ada pulak orang lain yang berniat jahat?? Nauzubillah.. Lepas di block ni, saya tak tahu dah kan cerita korang. Doa terakhir saya, semoga jodoh kalian disegerakanlah, dan semoga si A ni berubah.. Saya akui, kalau perempuan lain tengok pun boleh dikatakan manis si perempuan ni, apatah lagi pada pandangan lelaki?? Kita kena ingat.Bukan semua pandangan orang baik.


Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan. Saya mohon maaf atas segala kelemahan diri saya. Semoga kita semua senang untuk menerima kebaikan.. Ya Allah..

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

p/s: Biarlah habis semua orang nak block kita pun tak pe.. Yang penting, kita cuba untuk menegur. Ya, menegur / mengajak orang buat baik, memang 1 risiko. Tapi, selagi tak tegur, selagi tu kita marah sorang2 dalam hati. Sebab apa?? Sebab benda tu kita nampak, kalau tak tegur, nanti kita dipertanggungjawabkan. Tapi, selalunya bila dah tegur, lain pulak jadinya.. hurmm.. Kalau saya salah, sila tegur saya. Saya bukan insan sempurna. Tolonglah tegur saya dan sekali lagi saya minta maaf jika ada silap salah saya.. semoga Allah memberkati kamu semua.. amiinn..

No comments:

like