02 March 2014

My life After Married

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Selepas berumahtangga ni banyak perubahan yang berlaku. Setelah genap usia perkahwinan kami  4 bulan, baru terdetik hati nak berkongsi serba sedikit perubahan hidup yang berlaku dalam hidup aku.


~ dulu bangun pagi fikir nk makan je tahu. kalau kat rumah mak aku ni jenis rajin memasak. Asal aku balik ada la makanan best2 yg mak masak. Adik pernah kata "asal kak intan balik mak masak kuih kacang.. haha.. da peveret kakak korang, nasiblah! wuwuwu~ Itu belum lagi masuk bab kalau nak balik universiti, mesti mak bekalkan macam2 makanan. Tapi sekarang tak nak susahkan mak lagi. Tapi itu pun mak suruh amik itu, amik ini utk melengkapkan rmh kami.. hihi.. mak mak..

~ bangun pagi tak boleh nak liat2 bermalas2 lagi.. Kena awal dan terus bertenaga untuk menyediakan suami sarapan. hihi..stakat nak isi perut sendiri makan roti 70sen pun da kenyang pastu bancuh air (ni bukan mls, cuma makan sorang, malas la nak beria2.. huhu).. I dulu tak pandai masak.. Sekarang boleh la setakat nk cuba2 tu.. Alhamdulillah suami aku pun tak cerewet hal2 makan ni..Makin2 bertambah rajin la nk memasak.. hohoho.

~ Dulu bila baca al-Quran yakin je tajwid semua tak ada masalah. Tu yang boleh khatam banyak kali dalam setahun. Tapi sekarang bila tadarus al-Quran dengan suami baru sedar banyaknya kesalahan aku.. Waaa, ini la nikmat pernikahan yang paling bermakna buat aku. Ada yang membimbing bacaan al-Quran. 

~Dulu handphone ni sentiasa jadi benda yang penting untuk kemana2 almaklumla kot2 tunang mesej ke kan.. hahaha. fb pun sama kalau tak scroll dr atas ke bawah tu tak sah. Tapi sekarang nk tengok lama2 pun dah takde hati. Hp pun capai bila nk set alarm. (ni kes bila da duduk serumah, masuk kolej balik kembali aktiviti asal.. huahua)

~ dulu sebelum nikah, kalau jumpa cik abg mesti nak lari jauh-jauh. Sekarang bila jalan berdua, rasa nak pegang je kuat2 walau depan orang ramai. hahaha. Suka hati aku la laki aku.. kakakaka..Sebenarnya aku ni memang jenih suka pegang tangan time jalan. Tapi yang bezanya bila pegang tangan cik abang ni rasa selamat tu lebih.. huhu~

~ Aku dulu bila terpandang muka cik abg ni rasa biasa je (b4 nikah). Orang kata dia gemuk ke, muka macam org jawa ke apa ke semua ada potensi yg boleh menggugat hati aku n mempengaruhi untuk rasa kurang enak ttg dia..huhu... Sekarang, rasa nak pandang je lama2.. Handsome ke tak handsome ke belakang kira.. Janji dia la yang akan bawa aku ke syurga, dia la yang akan tanggung dosa pahala aku.. Lagipun itu kan satu cara yg paling mudah nak buat utk dapatkan pahala.. wiwiwi~ ;)

~ Dulu kalau tidur dengan kawan2, dengan siblings sama je rasanya.. tp tido ngan mak best rasa macam anak2 gitu. Tapi sekarang kalau tak tidur dengan cik abang rasa lain sangat2.. huahuahua (dia rasa tak eh apa yang aku rasa)

Buat masa ni kami masih tinggal berasingan duduk di kolej.Walaupun tiap2 hari jumpa tapi rindu tu tetap ada. huahuahua.. tak tau la cik abang rasa cam aku rasa ke x..huhu.. InsyaAllah dalam masa 2-3 minggu ni akan pindah ke rumah sendiri... waaaa, tak sabarnya nak masuk rumah sendiri..Nak belajar hidup berdua dengan lebih teratur dan emosi yang lebih baik. Dalam pada tu teruja nak hias rumah sendiri jgk..kikiki.. Walaupun da pernah menyewa rumah 2 bulan, tapi still rasa macam ada yang tak lengkap..

Adat la kan dalam keseronokan berumahtangga, kadang2 ada hal yang sedikit kacau. Semoga segala ujian yang aku hadapi dapat diharungi dengan tabah. Harap dia sayang aku dan cinta aku sampai bila2.. huhuhu :')

I love you my husband!! @Mohd Faaizie Darmawan.. Oppss tak boleh tag.. hahaha




6 comments:

nur hayati said...

feewwiitt

Your Husband~~ said...

sory baru baca. terharunya.huahuahua

Miss Z said...

hahaha.. lambatla.. da pregnant, gugur, n pregnant semula br terbaca eh.. kikiki

Miss Z said...

hahaha.. lambatla.. da pregnant, gugur, n pregnant semula br terbaca eh.. kikiki

Your Husband~~ said...

Tp takyah la komen sampai 2 kali.hahaha

Miss Z said...

hahaha.. dop perasei..

like