29 December 2011

hubungan dengan suami orang

assalamualaikum w.b.t..

semalam saya telah disoal oleh seseorang yang baru di kenali.. kebetulan kami sama-sama menunggu bas nak balik perak.. nak di jadikan cerita, disebabkan bas tu punya la lambat sampai, banyak la kami dapat berborak... budak tu muda setahun dari saya.. dia sempat meminta nombor telefon saya sebelum kami sama-sama bergerak menaiki bas...

ok, berbalik kepada cerita, semalam dy mesej saya.. kalau sebelum ni dia mesej macam mana nak balik naik bas dari perak ke johor, tapi kali ni soalannya amat luar biasa... hahaha... apa soalan dia tu????

dia : kak, berdosa x lau kite ada hubungan dengan suami orang??

erk, mendapat mesej tu saya ter"blur" sekejap... bukan apa, saya mesti memikirkan jawapan yang terbaik sebabnya jawapan saya mestilah tidak menyebelahi soalannya... hahaha... lagi 1, saya ada juga terpikir, kalau jawapan tu menyakitkan hati, ini bukan cara yang terbaik untuk dakwah... lastly, saya jawab lah sekadarnya...

Pada pandangan saya, mengganggu rumah tangga orang lain mmg la salah... bab kata orang " nak cari nahas apa"..hahaha.. Kalau kita berada di tempat si isteri pun, sudah tentu kita akan melenting... hahaha... adik tu muda lagi.. lebih baik tambah ilmu agama banyak2 dari memikirkan soal cinta terlarang... hihihi.... Mencintai suami orang itu mengganggu rumah tangga orang, berzina,adalah berdosa. Maka putus adalah keputusan tepat harus dibuat. Sekarang lupakan dan carilah orang lain yang bukan suami orang. Soal bahagia, itu boleh dibentuk, jika anda mencintainya dia akan bahagia dan membahagiakan. Bahagia adalah sikap hidup dan keputusan hidup, kita boleh bahagia di mana saja, dengan siapa saja, jika kita memiliki kebahagiaan dari dalam hati kita dan membangun sikap-sikap hidup bahagia. < ni bukan jawapan yang saya bagi kat budak tu... hihihi>

Jom bercinta mengikut syariat!
ok, nk sambung kerja... duk lab, mana boleh main2...hahahaha


4 comments:

nur hayati said...

habistu, kalau situasi mcm karmila dlm cerita 'karma' tu macammana pulak? kalau dia bercinta antara satu sama lain dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga atau dengan kata lain bermadu. apa pandangan saudari yang bijaksana.

Miss Z said...

erm kalau macam tu, no komen la.... bagi saya la kan..nk kawin tu kawin la... yang penting restu kedua ibu bapa... mungkin juga si lelaki tidak tahan dengan kelakuan isterinya tapi demi menjaga hubungan antaranya dengan si anak, maka kehidupan diteruskan tapi dia rasa nak kawin lagi..huhuhu... apa2 pun, istikharah dulu untuk buat keputusan... mungkin ada hikmah di sebalik apa yang kita tak nampak.. Allah maha mengetahui.....

Anonymous said...

Sye nye kes len. ?sye isyeri orng n nercinta ngan laki orng...memng sye cnte die sgt dn die pon same.cmne ar.

Miss Z said...

Sebenarnya, sebagai isteri, dilarang sama sekali mencintai lelaki lain. Ianya dikatakan sebagai nusyuz (derhaka). dan isteri yang nusyuz takkan dapat cium bau syurga.. Nau'zubillah.. Apa yang terbaik puan lakukan, puan perlu mengelakkan diri dari bercinta selain dari suami puan. Itu semua bukan cinta yang sebenar kerana syaitan akan sentiasa cuba merosakkan kita. Bertaubatlah, Allah maha pengampun dan maha menerima taubat. semoga Allah menunjukkan jalan kepada puan..

like