19 July 2011

Hati Yang Berbolak Balik

"hati yang bersih akan sentiasa menangisi memohon ampun atas dosa yang pernah dilakukan dan akan sentiasa mengingati kebesaran Allah"

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hati itu umpama sehelai bulu ayam yang berpusing-pusing ditiup angin di tengah padang yang luas. (HR: Ahmad)

Kedudukan hati yang terumbang-ambing di antara perkara baik atau buruk boleh membahagikannya kepada 3 jenis iaitu:


1) Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan dan dibersihkan dari akhlak yang buruk. Dari hati sebegini, lahir cetusan2 kebaikan.

2) Hati yang terabai dan terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan keburukan dan akhlak yang keji. Hati sebegini seumpama mata yang dimasuki asap tebal, lalu dia tidak dapat melihat apa-apa.

3) Hati yang pada mulanya dipengaruhi oleh hawa nafsu yang mendorong ke arah keburukan, kemudian datang cetusan keimanan lalu mendorongnya ke arah keimanan.

Atas sebab itu, kita harus sentiasa mendidik hati dengan perkara kebaikan, melatihnya untuk membuang segala nilai-nilai buruk dan sentiasa berdoa agar Allah SWT mencenderungkannya ke arah kebaikan kerana Dialah yang memegang hati kita semua. Sebab itu Rasulullah menganjurkan supaya kita berdoa:

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2, tetapkan hati kami di atas jalan agamaMu. Wahai yang memalingkan hati2, palingkan hati kami ke arah mentaatiMu.

Tiada siapa yang patut bersikap sombong, menyangka dia yang hari ini baik akan terus baik buat selamanya. Semoga Allah menunjuk kita ke jalan yang diredaiNya.


1 comment:

MiszSpecky said...

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2, tetapkan hati kami di atas jalan agamaMu. Wahai yang memalingkan hati2, palingkan hati kami ke arah mentaatiMu.

like