بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami ya Allah..
kurniakanlah belas kasihanMu kepada mereka, sebagaimana mereka kasih kepada kami ketika kami masih kecil
Ampunkanlah segala dosa mereka sama ada sengaja atau tidak ya Allah
Sesungguhmu Rasulmu dah berjanji bahawa doa kami anak-anak akan memberi manfaat kepada ibu bapa kami ya Allah
Pada ibu-bapa kami yang masih hidup, kurniakanlah kepada mereka kesihatan supaya mereka dapat beribadah kepadaMu ya Allah
Berilah kekuatan kepada kami untuk menghiburkan hati-hati mereka sebagaimana mereka menghiburkan kami semasa kami masih kecil
Berilah kekuatan dan kelapangan kepada kami untuk penuhi impian dan kehendak mereka sepertimana mereka penuhi kehendak kami ketika kami kecil dulu ya Allah
Berilah kekuatan utk kami menjenguk dan meziarahi mereka buat mereka tersenyum ya Allah.. Berilah kami kekuatan
**Buat ibu bapa mereka yang telah pergi,jadikanlah tempat persemadian mereka sebagai salah satu dari taman2 syurgaMu ya Allah, himpunkanlah mereka bersama hamba2Mu yang soleh. Ya Allah kurniakanlah kelapangan mereka di alam barzakh, kurniakanlah ketenangan kepada mereka dan himpunkanlah mereka dikalangan wali2mu, di kalangan hamba yang kau redha,
janganlah dosa2 yg kami lakukan harini di bebankan kepada mereka..
ameen ya Rabbal alameenn..
ameen ya Rabbal alameenn..
Amat tersentuh dengar ustaz Syed Norhisyam baca doa ni.. waaaaaaa, sedih.. semoga, aku dapat menjadi anak yang berbakti kepada orang tuaku.. semoga doa-doa yang seperti ini dapat kita bacakan hari2 untuk ibu ayah, mak dan abah, mummy n daddy, ummi wa abi dan apa jua gelaran pun..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MasyaAllah.. Subhanallah.. Sungguh, aku amat bersyukur dapat merasai nikmat kasih sayang dari bonda dan ayahandaku.. Sungguh, aku amat mencintai dan menyayangi mereka..
p/s: kalau nk tengok video ust syed norhisyam, ni linknya https://www.youtube.com/watch?v=xLVhEwg6_RY
3 comments:
Alhamdulillah :)
cepatnya cik adik ni komen..
hihihiks! :)
cantik!
Post a Comment