23 August 2012

Kembali Muda

ASSSALAMUALAIKUM W.B.T..

masih tak lambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat hari raya aildilfitri.. maaf zahir & batin kepada semua...


Muda?? siapa yang tak nak jadi muda kan.. tambah2 lagi orang yang dah pencen, especially pompuan, mesti kalau boleh nak muda je sentiasa kan?? hahaha

Menurut perhatian saya la kan, usia antara 13-15 tahun tu usia muka berubah dari kanak2 ke dewasa.. apa yang saya perhatikan, ramai yang kalau jalan bawa baby or adik sendiri pun boleh orang tanya "anak ke??"... hahaha... kesian kan?? sakit hati pun ade... .. tapi bukan saya je yang kene, ramai laaaa...

Sekarang ni pulak dah terbalik... aiyoooo.... raya2 ni gi la jejalan raya.... boleh pulak ade orang kata, adik ni tingkatan 3 ke??? hah?? muda nye rasa.. melampau beno beza umurnya... Ade yang kata "awat kecik sangat kakaknye??" erk, adik2 dah besar la tu mak cik... hihihi... ni blum lagi yg kata 18 tahun.. ade yang kata seri pengantin... hohohohohoho,banyaklah!! itu memang x lah... hahaha....hai, dunia2... tuer susah, mude pun x senang.. hihihi

tapi yang pasti, tahun ni dapat duit raya lagi!!!!!!! yeay!!!!!
terima kasih la sebab sudi bagi duit raya walaupun x sebanyak tahun2 sebelum ni...



p/s: klu nak mude sentiasa, wudhuk la selalu ok!!!

17 July 2012

Cintailah pada yang Berhak Dicintai


Assalamualaikum w.b.t...

salam sayang buat teman-temanku... post kali ni singkat je...

" Cintailah Allah dan Rasul melebihi segalanya "

Kita wajib mencintai pencipta kita... pemilik hati kita, sebelum kita mencintai buah hati...

pesanan untuk yang masih belum mempunyai ikatan apa2 dengan sesiapa sahaja, jagalah hati kita dari dikotori... ketika inilah anda akan di uji.. di mana letaknya cinta kita kepada Allah dan Rasul?? ibu bapa ???

Bertemanlah dengan orang yang baik2, yang dapat menghalang kita dari melakukan perkara yang dapat merosakkan hati, dan bukanlah dengan orang yang hanya menyedapkan hati, tanpa mengambil kira perkara2 lain...



Sebelum diakhiri, Jom kita cinta Allah S.W.T dan Rasul S.A.W! sambil tu kita layan lagu ni... lagu kesukaan saya dari sekolah sampai sekarang...




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

23 June 2012

MiMPi NaN iNDaH


Semalam, untuk kesekian kalinya aku mimpikan si dia..

Tapi, kenapakah dia???

Ya Allah, apakah maksud mimpiku ini…

Apakah itu sebagai petunjuk, atau mainan tidur???

Kadang-kadang, kita akan didatangkan dengan mimpi yang sama acapkali..

Susah nak percayakan mimpi… Hakikatnya amat membelenggu hati...

Semoga yang indah itu akan menjadi kenyataan, yang buruk itu dihindarkan…

Ya Allah, peliharalah aku dari sebarang kemungkinan yang buruk..






gambar hiasan je yer!

27 May 2012

Tips Jodoh Dipermudahkan

Assalamualaikum w.b.t...

musim cuti dah menjelang... sudah menjadi perkara biasa majlis perkahwinan di sana sini... Kebiasaannya, apabila seseorang itu mencecah umur 20-an, keinginan untuk berkeluarga tu datang...jeng3x... tapi, sejauh manakah persediaan anda untuk menghadapi alam berumah tangga itu?? Kawin nak, persediaan xde... mana boleh gitu...hahahaha.... Ada orang senang je untuk mendapat jodoh.. baru diawal 20-an n ade yang lepas SPM, tup tup dah berkahwin... So, sebagai ikhtiar, ni saya nak kongsikan tips mempercepatkan jodoh... ...

1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

Ustazah waktu saya form 3 suh kami doa dapatkan jodoh.. dia kata bukan senang nak dapat jodoh yang baik.. maka berdoalah dari sekarang...


2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadith bahawa berdoa pada waktu tengah malam (qiamullail) yang mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.


3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.


4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALlah. > puasa , 10 muharam (hari dimana banyak peristiwa yang berlaku oleh pada rasul) >> puasa ..... kebetulan besday penulis tahun ni bulan ramadhan... hikhikhik>


5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang.


"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon sesuatu hajat", katanya.


6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman surat daripada beberapa lelaki termasuk suaminya sndiri, Ustaz Wan Akashah dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan.


"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di dalam hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut", imbaunya.


Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengirimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata surat yang dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.


Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.


7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4 untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.


"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.

selain itu boleh amalkan doa ni...





8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.


Kita sebagai umat manusia hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca suarah Yunus ayat 81 untuk membatalkn sihir dan ilmu hitam.



**InshaAllah, moga apa yang saya sampaikan ini dapat diamalkan oleh semua tanpa mengira samada bercita-cita untuk berkahwin atau tidak... wallahua'lam....** ^__^ senyum selalu..

02 April 2012

Petua Awet Muda

assalamualaikum...
semua orang mesti nk cantik kan?? terutamanya bagi wanita... kalau nk cantik, jom amalkan petua ni...

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

selamat beramal... ^_^

27 March 2012

TUNGGU AKU JODOHKU

assalamualaikum w.b.t..

Menjelang usia awal 20an ni selalunya topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai jodoh....kalau cakap pasal ni je boleh terbuka mata yang mengantuk bak kata ustaz...huhu... tapi, bukan semua orang yang ringan jodohnya.. ada juga yang sudah berumur tapi masih belum berkahwin... tapi percayalah, setiap individu itu telah tertulis jodohnya sejak azali lagi... kalau bukan di dunia, insyaAllah jika seseorang wanita itu menjaga amalannya dan kehormatannya dia akan mendapat jodoh di syurga...

Risau??

Ramai orang yang risau bila jodoh mereka akan hadir ...hahaha... tapi, buat apa nak risau ok...Yakin pada ALLAH... Dia dah atur segala sesuatu yang terbaik untuk kita... tapi kekadang tu bila kita xde ape2, orang lain plak tolong risau kat kita... hahaha...dunia dunia.... macam ragam manusia... kalau nak dilayan, tak terlayan~~~~

================


Wahai wanita solehah, jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yang baik tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya.


Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita. Andai belum tiba jodohmu,anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya.


Dan Adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu. Cintamu pada orang yg kau cintai dan sayangi, titipkanlah.. Titipkanlah pada Allah Azza Wa Jalla..


Sebab hanya Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga, dikala kau dan dia saling berjauhan dikala kau dan dia saling memendam rindu, ingin bertemu…


Allah Azza Wa Jalla menjaga dengan menenangkan hatimu melalui zikir dan tadabbur, cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milik-Nya…. Kau jaga selalu Hatimu… Tetaplah istiqomah!


credit to PDH

19 March 2012

Mahu Bernikah, Jangan Contohi Tin Kosong

Kadangkala, apabila kebetulan berbual dengan teman yang usianya lebih muda dari saya, saya hanya tersenyum apabila topik blog saya diutarakan. Kemudiannya, saya akan membalas sambil tersenyum ; tak payahlah baca blog ana.

Apabila saya mengungkapkan begitu, bukan bermakna saya berbasa basi atau malu tersipu-sipu. Jauh sama sekali. Apabila saya ungkapkan begitu, saya memang maksudkan begitu.

Menulis tentang isu yang berlegar sekitar persoalan remaja, cinta, hubungan lelaki perempuan dan sebagainya, sisi buruknya memang ada. Kebiasaannya, bila saya mengungkapkan kalimah ‘jangan baca’ maka bermakna saya sedang memberi pertimbangan kepada sisi buruk tersebut mengikut siapa yang sedang saya bercakap.

Sedang pada ketika yang lain, saya tidak menegah bahkan menggalakkan.



BENDA BAIK JANGAN OVER DOS

Antara sisi buruk yang saya maksudkan adalah lahirnya anak-anak muda yang berlebihan dalam berbicara ‘benda baik’.

Saya beri satu contoh ; katakan, saya mempunyai seorang jiran.

Dia seringkali datang menziarahi saya. Kali pertama, dia meminta pandangan saya tentang kahwin di usia muda. Dengan senang hati, saya memberi pandangan saya. Saya nampakkan sudut positif, negatif dan saya sertakan juga nasihat-nasihat yang saya fikir perlu untuk dirinya. Kemudian dia berterima kasih dan kelihatan gembira dengan apa yang dia dapat.

Selang dua hari, dia datang lagi. Topik lain pula ditanya, namun masih berlegar pada isu yang serupa. Saya masih menjawab dan melayan rasa ingin tahunya. Selang dua hari, dia datang lagi. Sehinggalah kepada setiap petang dia mesti datang. Dari persoalan yang di awalnya dia benar-benar tidak tahu dan ingin tahu, berubah kepada mahu bersembang benda yang dia telah tahu. Bila saya bercakap topik lain, dia hambar. Bila dibicara topik cinta dan nikah kahwin, dia bersemangat.

Inilah yang saya katakan sebagai over dos. Ketagih bercakap dan berfikir benda yang dirasa sebagai ‘baik’, sedang dia tidak sedar tabiatnya itu telah menjadi suatu yang tidak baik.



BERCAKAP BILA PERLU

Antara sikap dan jati diri orang berilmu adalah dia tidak bercakap melainkan apabila perlu. Dan sikap ini sewajibnya wujud pada diri anak-anak muda, apatah lagi yang bergelar mahasiswa. Mereka akan bercakap apabila perlu dan akan dipastikan apa yang mereka cakap benar-benar berfaedah dan bermanfaat.

Anak muda yang punya masa depan serta visi dan misi yang jelas, adalah anak muda yang mencintai masa dan fokus mereka. Bukan dileburkan untuk bersembang kosong dan bercerita perkara yang sia-sia.

Berbicara tentang cinta, jodoh, calon suami atau isteri dan sebagainya bukanlah suatu yang tidak baik. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap segelintir anak muda yang mengklasifikasikan perbincangan sebegini sebagai ‘tidak baik’, manakala perbincangan tentang akademik, kerjaya dan sebagainya adalah suatu yang ‘lebih baik’.

Pada saya, yang salah bukan tajuk, sebaliknya cara kita membicarakan tajuk menentukan betul atau salahnya kita.

Meminggirkan terus dari berbicara tentang calon, pernikahan dan sebagainya juga tidak baik. Mana mungkin anda boleh bersungguh-sungguh belajar demi beroleh kerjaya pada masa akan datang tetapi anda mengambil remeh isu pengetahuan dan persediaan ke arah perkahwinan sedangkan itu juga adalah perkara yang akan anda tempuhi di masa hadapan.

Namun berbicara dan terus berbicara tentang calon, tentang pernikahan dan sebagainya berulang-ulangkali, juga adalah suatu yang tidak baik. Kita hanya menjadi baik apabila bercakap mengikut keperluan, tetapi apabila kita terus terusan bercakap dan berborak tanpa keperluan, sebaliknya hanya untuk berseronok-seronok, maka kita tidak lagi menjadi baik.






TIN KOSONG

Setiap malam, hanya itu yang didendangkan. Waktu belajar, waktu makan, waktu minum petang, pasti topik itu yang keluar.

Cuba bayangkan kalau anda tinggal dengan orang seperti itu. Sekali atau dua kali, mungkin anda mampu bersabar dan melayan cakapnya. Namun jika berlarutan, sehingga segala perkara lain tidak diendahkan, masihkah anda mampu bersabar? Serupalah dengan situasi yang saya contohkan di atas. Jika berlarutan, mungkin saya akan menegur atau mengelak terus dari menerima tetamu seperti itu.

Mahu bernikah, itu suatu yang terpuji. Tetapi jalan mencapainya, bukan dengan berborak mengenainya saban hari. Sebagai mahasiswa, terutamanya, ada perkara lain yang lebih besar dan penting untuk diberi perhatian secara adil. Bagaimana dengan pelajaran, bagaimana dengan gerak kerja dakwah, tarbiyah diri dan sebagainya. Jika hanya topik nikah yang kita rancakkan, maka topik-topik yang lain akan tenggelam. Bermakna, kualiti kita sebagai mukmin juga merudum.

Janganlah kita mencontohi tin kosong. Dengan sebiji batu di dalamnya, bila digoncang saban waktu akan membingitkan telinga. Dengan satu modal untuk berborak tentang calon atau tentang nikah, maka diulang borak saban waktu sehingga menyendatkan kepala. Bukan kepala kita, tetapi kepala orang yang terpaksa menadah telinga. Contohnya, teman serumah kita, atau teman sebilik kita. Contoh lain, teman satu tempat kerja dengan kita.

Sedangkan, kuat atau tidak bunyi tin kosong itu, ia tetap tidak memberi kesan apa-apa. Banyak atau sikit anda berborak tentangnya, ia tidak berkaitan dengan cepat atau lambatnya jodoh anda tiba.



UBAH DIRI DAN JAUHI FITNAH

Tabiat seperti ini, jika wujud pada diri pemuda atau pemudi yang ada potensi diri, ia akan mengundang fitnah pada diri mereka sendiri. Seorang pemuda, yang sedar tentang kepentingan dakwah umpamanya, namun bicaranya saban hari hanyalah tentang calon isteri, tentang tunang ( jika sudah bertunang ) dan sebagainya, akan mengundang fitnah pada dirinya sendiri. Benda baik yang ingin diperjuangkan, dicerminkan sebagai tidak baik melalui tingkah laku dan perbuatan.

Ubahlah tabiat tidak baik tersebut sebelum memakan diri.

Berbicara tentang cinta, nikah kahwin dan sebagainya, biarlah dalam konteks yang membina. Berbicara dengan orang yang arif lagi berpengalaman, itu suatu yang mesti dan terpuji. Menelaah buku-buku persediaan ke alam rumahtangga, suatu yang mesti dan terpuji. Adapun berborak dan bersembang kosong, semata-mata untuk mengusik teman, bergelak ketawa dan sebagainya, maka itu bukan lagi suatu yang mesti apa lagi terpuji.

Saya menulis blog untuk audiens dan sasaran yang besar dan yang benar-benar memerlukan, namun kerisauan tetap bertandang apabila melihat audiens yang saya kira kurang memerlukan. Namun sebagai penulis, saya pastinya mengalu-alukan kunjungan setiap orang sebagai ‘pembaca yang budiman’.

Maka apa yang tinggal pada saya adalah memberi nasihat. Agar tabiat yang tidak baik tidak melarat. Agar kita menjadi anak muda yang cermat. Tidak berlebih-lebihan sehingga mengundang mudarat.

Perbanyakkanlah solat hajat dan taubat.

InsyaAllah, jodoh akan tiba, cepat ataupun lambat.



Sekian.

kredit to MI

like