27 March 2012

TUNGGU AKU JODOHKU

assalamualaikum w.b.t..

Menjelang usia awal 20an ni selalunya topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai jodoh....kalau cakap pasal ni je boleh terbuka mata yang mengantuk bak kata ustaz...huhu... tapi, bukan semua orang yang ringan jodohnya.. ada juga yang sudah berumur tapi masih belum berkahwin... tapi percayalah, setiap individu itu telah tertulis jodohnya sejak azali lagi... kalau bukan di dunia, insyaAllah jika seseorang wanita itu menjaga amalannya dan kehormatannya dia akan mendapat jodoh di syurga...

Risau??

Ramai orang yang risau bila jodoh mereka akan hadir ...hahaha... tapi, buat apa nak risau ok...Yakin pada ALLAH... Dia dah atur segala sesuatu yang terbaik untuk kita... tapi kekadang tu bila kita xde ape2, orang lain plak tolong risau kat kita... hahaha...dunia dunia.... macam ragam manusia... kalau nak dilayan, tak terlayan~~~~

================


Wahai wanita solehah, jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yang baik tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya.


Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita. Andai belum tiba jodohmu,anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya.


Dan Adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu. Cintamu pada orang yg kau cintai dan sayangi, titipkanlah.. Titipkanlah pada Allah Azza Wa Jalla..


Sebab hanya Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga, dikala kau dan dia saling berjauhan dikala kau dan dia saling memendam rindu, ingin bertemu…


Allah Azza Wa Jalla menjaga dengan menenangkan hatimu melalui zikir dan tadabbur, cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milik-Nya…. Kau jaga selalu Hatimu… Tetaplah istiqomah!


credit to PDH

19 March 2012

Mahu Bernikah, Jangan Contohi Tin Kosong

Kadangkala, apabila kebetulan berbual dengan teman yang usianya lebih muda dari saya, saya hanya tersenyum apabila topik blog saya diutarakan. Kemudiannya, saya akan membalas sambil tersenyum ; tak payahlah baca blog ana.

Apabila saya mengungkapkan begitu, bukan bermakna saya berbasa basi atau malu tersipu-sipu. Jauh sama sekali. Apabila saya ungkapkan begitu, saya memang maksudkan begitu.

Menulis tentang isu yang berlegar sekitar persoalan remaja, cinta, hubungan lelaki perempuan dan sebagainya, sisi buruknya memang ada. Kebiasaannya, bila saya mengungkapkan kalimah ‘jangan baca’ maka bermakna saya sedang memberi pertimbangan kepada sisi buruk tersebut mengikut siapa yang sedang saya bercakap.

Sedang pada ketika yang lain, saya tidak menegah bahkan menggalakkan.



BENDA BAIK JANGAN OVER DOS

Antara sisi buruk yang saya maksudkan adalah lahirnya anak-anak muda yang berlebihan dalam berbicara ‘benda baik’.

Saya beri satu contoh ; katakan, saya mempunyai seorang jiran.

Dia seringkali datang menziarahi saya. Kali pertama, dia meminta pandangan saya tentang kahwin di usia muda. Dengan senang hati, saya memberi pandangan saya. Saya nampakkan sudut positif, negatif dan saya sertakan juga nasihat-nasihat yang saya fikir perlu untuk dirinya. Kemudian dia berterima kasih dan kelihatan gembira dengan apa yang dia dapat.

Selang dua hari, dia datang lagi. Topik lain pula ditanya, namun masih berlegar pada isu yang serupa. Saya masih menjawab dan melayan rasa ingin tahunya. Selang dua hari, dia datang lagi. Sehinggalah kepada setiap petang dia mesti datang. Dari persoalan yang di awalnya dia benar-benar tidak tahu dan ingin tahu, berubah kepada mahu bersembang benda yang dia telah tahu. Bila saya bercakap topik lain, dia hambar. Bila dibicara topik cinta dan nikah kahwin, dia bersemangat.

Inilah yang saya katakan sebagai over dos. Ketagih bercakap dan berfikir benda yang dirasa sebagai ‘baik’, sedang dia tidak sedar tabiatnya itu telah menjadi suatu yang tidak baik.



BERCAKAP BILA PERLU

Antara sikap dan jati diri orang berilmu adalah dia tidak bercakap melainkan apabila perlu. Dan sikap ini sewajibnya wujud pada diri anak-anak muda, apatah lagi yang bergelar mahasiswa. Mereka akan bercakap apabila perlu dan akan dipastikan apa yang mereka cakap benar-benar berfaedah dan bermanfaat.

Anak muda yang punya masa depan serta visi dan misi yang jelas, adalah anak muda yang mencintai masa dan fokus mereka. Bukan dileburkan untuk bersembang kosong dan bercerita perkara yang sia-sia.

Berbicara tentang cinta, jodoh, calon suami atau isteri dan sebagainya bukanlah suatu yang tidak baik. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap segelintir anak muda yang mengklasifikasikan perbincangan sebegini sebagai ‘tidak baik’, manakala perbincangan tentang akademik, kerjaya dan sebagainya adalah suatu yang ‘lebih baik’.

Pada saya, yang salah bukan tajuk, sebaliknya cara kita membicarakan tajuk menentukan betul atau salahnya kita.

Meminggirkan terus dari berbicara tentang calon, pernikahan dan sebagainya juga tidak baik. Mana mungkin anda boleh bersungguh-sungguh belajar demi beroleh kerjaya pada masa akan datang tetapi anda mengambil remeh isu pengetahuan dan persediaan ke arah perkahwinan sedangkan itu juga adalah perkara yang akan anda tempuhi di masa hadapan.

Namun berbicara dan terus berbicara tentang calon, tentang pernikahan dan sebagainya berulang-ulangkali, juga adalah suatu yang tidak baik. Kita hanya menjadi baik apabila bercakap mengikut keperluan, tetapi apabila kita terus terusan bercakap dan berborak tanpa keperluan, sebaliknya hanya untuk berseronok-seronok, maka kita tidak lagi menjadi baik.






TIN KOSONG

Setiap malam, hanya itu yang didendangkan. Waktu belajar, waktu makan, waktu minum petang, pasti topik itu yang keluar.

Cuba bayangkan kalau anda tinggal dengan orang seperti itu. Sekali atau dua kali, mungkin anda mampu bersabar dan melayan cakapnya. Namun jika berlarutan, sehingga segala perkara lain tidak diendahkan, masihkah anda mampu bersabar? Serupalah dengan situasi yang saya contohkan di atas. Jika berlarutan, mungkin saya akan menegur atau mengelak terus dari menerima tetamu seperti itu.

Mahu bernikah, itu suatu yang terpuji. Tetapi jalan mencapainya, bukan dengan berborak mengenainya saban hari. Sebagai mahasiswa, terutamanya, ada perkara lain yang lebih besar dan penting untuk diberi perhatian secara adil. Bagaimana dengan pelajaran, bagaimana dengan gerak kerja dakwah, tarbiyah diri dan sebagainya. Jika hanya topik nikah yang kita rancakkan, maka topik-topik yang lain akan tenggelam. Bermakna, kualiti kita sebagai mukmin juga merudum.

Janganlah kita mencontohi tin kosong. Dengan sebiji batu di dalamnya, bila digoncang saban waktu akan membingitkan telinga. Dengan satu modal untuk berborak tentang calon atau tentang nikah, maka diulang borak saban waktu sehingga menyendatkan kepala. Bukan kepala kita, tetapi kepala orang yang terpaksa menadah telinga. Contohnya, teman serumah kita, atau teman sebilik kita. Contoh lain, teman satu tempat kerja dengan kita.

Sedangkan, kuat atau tidak bunyi tin kosong itu, ia tetap tidak memberi kesan apa-apa. Banyak atau sikit anda berborak tentangnya, ia tidak berkaitan dengan cepat atau lambatnya jodoh anda tiba.



UBAH DIRI DAN JAUHI FITNAH

Tabiat seperti ini, jika wujud pada diri pemuda atau pemudi yang ada potensi diri, ia akan mengundang fitnah pada diri mereka sendiri. Seorang pemuda, yang sedar tentang kepentingan dakwah umpamanya, namun bicaranya saban hari hanyalah tentang calon isteri, tentang tunang ( jika sudah bertunang ) dan sebagainya, akan mengundang fitnah pada dirinya sendiri. Benda baik yang ingin diperjuangkan, dicerminkan sebagai tidak baik melalui tingkah laku dan perbuatan.

Ubahlah tabiat tidak baik tersebut sebelum memakan diri.

Berbicara tentang cinta, nikah kahwin dan sebagainya, biarlah dalam konteks yang membina. Berbicara dengan orang yang arif lagi berpengalaman, itu suatu yang mesti dan terpuji. Menelaah buku-buku persediaan ke alam rumahtangga, suatu yang mesti dan terpuji. Adapun berborak dan bersembang kosong, semata-mata untuk mengusik teman, bergelak ketawa dan sebagainya, maka itu bukan lagi suatu yang mesti apa lagi terpuji.

Saya menulis blog untuk audiens dan sasaran yang besar dan yang benar-benar memerlukan, namun kerisauan tetap bertandang apabila melihat audiens yang saya kira kurang memerlukan. Namun sebagai penulis, saya pastinya mengalu-alukan kunjungan setiap orang sebagai ‘pembaca yang budiman’.

Maka apa yang tinggal pada saya adalah memberi nasihat. Agar tabiat yang tidak baik tidak melarat. Agar kita menjadi anak muda yang cermat. Tidak berlebih-lebihan sehingga mengundang mudarat.

Perbanyakkanlah solat hajat dan taubat.

InsyaAllah, jodoh akan tiba, cepat ataupun lambat.



Sekian.

kredit to MI

23 February 2012

Orang Tamak Selalunya Rugi

Sejak dahulu kita dididik agar bersikap sederhana dan jangan melampaui batas dalam semua perkara. Ungkapan seperti: “orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang” begitu popular dan difahami oleh pelbagai peringkat usia.

Beberapa hari yang lalu ana terbaca sebuah dongeng China yang mengandungi mesej yang sama, iaitu ketamakan mendatangkan kerugian.

Begini kisahnya:

Seorang maharaja ingin membalas kebaikan salah seorang rakyatnya yang setia dan berjasa. Dia berkata kepada rakyatnya itu: “Beta menganugerahkan kamu tanah seluas mana kamu boleh sampai dengan berjalan kaki!”

Gembiranya rakyat yang miskin itu tidak terkata. Dia meletakkan batu tanda di tempat dia bermula dan berjalanlah dia merentasi kawasan muka bumi negerinya yang subur dan indah. Akhirnya dia kepenatan dan berhenti di suatu tempat.

Terlintas di hatinya untuk kembali menemui maharaja supaya memberikannya tanah yang telah direntasinya sebagaimana yang dijanjikan. Namun dia mengubah fikiran dan bertekad untuk meneruskan perjalanan supaya dia mendapat tanah yang lebih luas.

Lantas dia berjalan dan berjalan. Setiap kali dia sampai di suatu tempat, dia berfikir untuk kembali menemui maharaja untuk menerima habuan yang dijanjikannya, tetapi dia mengubah fikiran dan terus berjalan untuk mendapat lebih dan lebih.

Akhirnya dia tidak tahu ke mana lagi hendak di tuju, di mana dia berada dan dari arah mana dia datang! Dia telah tersesat. Akhirnya dia mati kepenatan. Penat berjalan. Penat mengejar nafsu tamak yang tiada sempadan.

“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. () Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (Al-Kahf:45-46)

p/s: kadang kadang kita mmg ade juga perasaan tamak tu... apa yang Allah bagi kat kita, sepatutnya kita bersyukur..tapi kadang2 berharap nak lebih.... astaghfirullah... tapi, x salah jika kita tamak untuk mengejar akhirat.... ^_^


credit to: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2012/02/melayan-kehendak-nafsu-yang-tidak.html

16 February 2012

Pedulikah kita??

Syria, Syria & Syria - Mereka saudara kita.

Bismillah, coretan ringkas ini saya kongsikan bersama.

(1.) Ada yang bertanya, apakah sebenarnya yang berlaku di bumi Syria? - Tiba-tiba heboh sahaja. Ketahuilah, apa yang berlaku ini bukan baru seminggu dua, tetapi sudah berbulan-bulan.



Bashar al-Assad. Susuk tubuh yang menjadi "master mind" kepada apa yang berlaku di Syria kini.

(2.) Sudah lama saya tidak berkongsi tentang isu semasa dan global. Untuk menulisnya, memerlukan masa, kajian, pemerhatian dan maklumat yang berfakta dan sahih. Justeru, dalam memahami dan cakna dalam isu apa yang berlaku di Syria ini - kita harus ambil tahu suatu perkara yang utama. Kenali, rejim yang sedang memerintah Syria sekarang iaitu, Bashar al- Asad.

(3.) Kenali, mengkaji, membaca dan layari internet ini untuk mengambil tahu tentang siapakah pemerintah Syria ini. Keturunannya, sikapnya, kehidupannya dan kezaliman-kezaliman yang beliau lakukan. Dan - selidiki jua siapakah sekutunya.

(4.) Bashar al- Assad, adalah individu yang akan menjejaki rejim diktator yang telah tumbang, tewas dan dikalahkan oleh rakyat mereka sendiri. Husni Mubarak, Ben Ali, Muammar Gaddafi dan lain-lain telah tercatat sejarah hitam dalam revolusi kebangkitan rakyat era baru ini. Kita nantikan episod-episod seterusnya.

(5.) Jika, sahabat pembaca ingin berkongsikan maklumat, video, gambar-gambar serta apa jua yang berkaitan tentang isu Syria - saya alu-alukan. Sama-sama kita sebarkan untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Sekiranya, diberikan kesempatan saya akan kongsikan untuk makluman sesama kita.

Selamatkan Syria, tanggungjawab kita bersama!

29 December 2011

PC saya pun beku




lepas PC saya beku, saya defroze balik... huhuhu ^_^

hubungan dengan suami orang

assalamualaikum w.b.t..

semalam saya telah disoal oleh seseorang yang baru di kenali.. kebetulan kami sama-sama menunggu bas nak balik perak.. nak di jadikan cerita, disebabkan bas tu punya la lambat sampai, banyak la kami dapat berborak... budak tu muda setahun dari saya.. dia sempat meminta nombor telefon saya sebelum kami sama-sama bergerak menaiki bas...

ok, berbalik kepada cerita, semalam dy mesej saya.. kalau sebelum ni dia mesej macam mana nak balik naik bas dari perak ke johor, tapi kali ni soalannya amat luar biasa... hahaha... apa soalan dia tu????

dia : kak, berdosa x lau kite ada hubungan dengan suami orang??

erk, mendapat mesej tu saya ter"blur" sekejap... bukan apa, saya mesti memikirkan jawapan yang terbaik sebabnya jawapan saya mestilah tidak menyebelahi soalannya... hahaha... lagi 1, saya ada juga terpikir, kalau jawapan tu menyakitkan hati, ini bukan cara yang terbaik untuk dakwah... lastly, saya jawab lah sekadarnya...

Pada pandangan saya, mengganggu rumah tangga orang lain mmg la salah... bab kata orang " nak cari nahas apa"..hahaha.. Kalau kita berada di tempat si isteri pun, sudah tentu kita akan melenting... hahaha... adik tu muda lagi.. lebih baik tambah ilmu agama banyak2 dari memikirkan soal cinta terlarang... hihihi.... Mencintai suami orang itu mengganggu rumah tangga orang, berzina,adalah berdosa. Maka putus adalah keputusan tepat harus dibuat. Sekarang lupakan dan carilah orang lain yang bukan suami orang. Soal bahagia, itu boleh dibentuk, jika anda mencintainya dia akan bahagia dan membahagiakan. Bahagia adalah sikap hidup dan keputusan hidup, kita boleh bahagia di mana saja, dengan siapa saja, jika kita memiliki kebahagiaan dari dalam hati kita dan membangun sikap-sikap hidup bahagia. < ni bukan jawapan yang saya bagi kat budak tu... hihihi>

Jom bercinta mengikut syariat!
ok, nk sambung kerja... duk lab, mana boleh main2...hahahaha


12 December 2011

menunduk pandangan


Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.

Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.

Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.

Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.

Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!

‘Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya’ - Ayat 40 dan 41 Surah al-Naa’ziaat

~ lebih baik membayangkan sakaratul maut dari membayangkan sesuatu yang mendatangkan dosa ~ nauzubillahi min zalik ....


sumber http://sitikhadijahhalil.blogspot.com/2011/12/belajar-menundukkan-pandangan.html

like