05 June 2013

Bila Hari Exam Menjelma !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومعفرته ورضوانه

Sejak dua menjak ni, selalu je la terkenang masa2 kanak2 ribena.. Adakah diriku ini da cukup tua?? ooohhhh!!!! Ok, apa yang aku nak kata ialah, mood skrg aku amat merindui saat2 ber'exam'. Waktu sekolah rendah, kalau nak exam UPSR, risau tu, ahh, tok sah nak cakap la.. stress je bila gabra2 nak exam.. sampai mak2 skali naik risau.. mak temankan study malam2.. abah ajarkan apa2 yang patut.. mak suruh dhuha dulu b4 pegi exam UPSR tu.. walaupun takut  nak exam, tapi rasa bahagia sangat.. haha

Bila dekat sekolah menengah, minggu exam, kawan2 ramai yang stay up.. aku?? lebih mementingkan tidur yg berkualiti konon..  haha.. (act, duk asrama takut nak tidur lewat2).. Yang bestnya time menengah ni, minggu exam setiap hari baca yasin, baca al-qalam dekat segala pensil, calculator, dan solat hajat.. pastu before masuk dewan periksa time exam besar, mesti ada ustaz2 baca doa sambil2 tu takbir kuat2 depan dewan tu.. haha.. memang gerun dan takut tu hilang la lepas takbir tu.. terbaiiikkk laa.. (part ni, mmg duk terkenang sampai sekarang..)

Kemudian, time matrik sesi pembelajaran amatlah pantas. Exam tu tak dapat nak rasa sangat la. Start dari matrik la, bila nak exam, makan tak lalu.. hidung tak boleh bau busuk walau sedikit.. kalau tak, aahhh pening nak termuntah.. matrik boleh dikatakan tempat persinggahan yang amat sibuk dan amat sekejap!!

Ok, masuk universiti, belajar pun macam lebih santai. Time universiti ni, bukannya ada kem motivasi ke, apa ke dah.. kalau nak semangat tu, pandai2 la cari sendiri.. Di sini lah aku start set pelik2 time nak exam.. antaranya:

1) mesti pakai tudung warna putih (bknnya tudung tu x basuh tau.. i basuh ok, untuk keselesaan peribadi.. kenapa putih?? haha, saje je nak suci2 sikit sesuci otak yang akan dibawa masuk exam..hihi)

2) mesti pakai baju kurung (time study week da iron semua baju kurung yg nk pakai time exam.. semangat sket nak study bila tgok baju2 yg da beriron tu.. haha)

3) setiap sem ada lagu tema (antara yg masih diingat la, sem 1: berkorban demi cinta, sem 2: dia kekasih Allah, open your eyes n apatah lg 3, x ingat!! tujuan ada lagu tema?? saje je, bila mengantuk or hilang fokus, at least pejam mata sekejap n amik feeling2 sket n dengar lagu tema, boleh buat nangis.. cubalah!! haha)

apa yang aku setkan tu, mmg mcm tahape hape je kan.. yang penting aku enjoy zaman exam!! haha.. biasalah, time belajar ada ketika semangat tu merudum, ada saat yang semangat tu membara.. tiap sem, benda2 ni amat dipengaruhi oleh "carry mark" jugak!! hahaha..

Tapi semua itu dah berlalu.. sekarang dah takde exam.. yang ada cuma presentation..
masa berlalu begitu pantas....

p/s : kepada yang akan menduduki peperiksaan,

# doa + solat malam (yg dpt beri kekuatan jiwa)
# banyakkan usaha
# baca surah2 amalan
# jaga makan
# jaga kesihatan
# mintak restu dari org tua, guru serta kawan2 yang banyak membantu
# niat belajar dan tuntut ilmu ni bkn sekadar kejar pointer, tapi ingat yang ilmu itu adalah ilmu Allah yg kita hanya cedok sedikit dan kalau boleh kita tak nak lupa apa yang kita belajar sampai bila2 (walaupun kita tahu kadang2 ada benda yang kita belajar tu tak apply kat mana2 pun)

akhir kata, hargailah setiap masa2 yang ada.. walaupun exam itu adakalanya sukar, haruslah dihadapi dengan penuh tabah! nanti korang2 da keje, takdenya nak berexam selalu dah!! Pasti saat berexam ni akan menjadi 1 moment indah yang akan dikenang pada masa akan datang..


# tahun 1 (khas buat yat : gembira kau habis exam! :P)

#tahun 2

15 May 2013

Selamat Hari Lahir Mama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومعفرته ورضوانه

Mama, selamat hari lahir yang ke 50.. Intan doakan semoga mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak.. Semoga segalanya yang terbaik untuk mama baik didunia mahupun akhirat..

(selalunya panggil mak je, tapi kadang2 tu ada jugak panggil mama masa nak gedik2.. baiklah, stop gedik ok!)

Mak,
Sesungguhnya Intan sayang mak sangat sangat sangat.. Tiada insan yang intan ingin menjaga hati dan berbakti melebihi mak. Maklah ibu yang terbaik dalam dunia ni. Ibu yang amat memahami perasaan intan. Intan tahu, intan ada juga melukakan hati mak. Maafkan intan mak.

Mak,
Waktu bayi dulu, walaupun mak sedih dengan pemergian abang, tapi mak tak pernah abaikan intan. Mak memang tabah dan kuat. Maafkan intan kalau waktu kecik2 intan selalu bergaduh dengan mak. Pukul2 mak. Tapi waktu tu tangan intan kecik lagi kan? tak sakit kan mak? maafkan intan mak...

Mak,
On my convocation day, mak cakap mak akan menangis kegembiraan 2 kali. Pertamanya ketika mak baru melahirkan kami, dan yg ke 2, ketika kami bergraduasi.. Oh mak.. I'm so touch.. Intan tau, mak sayang sangat intan kan, mak sayang semua anak2 lain kan.. Mak juga sedih bila mula2 intan masuk asrama waktu di ta'ayah dulu dan mula2 intan di hantar ke universiti.. Tapi mak relakan juga demi melihat anak mak berjaya.. Tapi kadang2 tu, intan main2.. Maafkan intan mak..

Mak,
Terlalu banyak jasa mak waktu kecil sehingga kini yang tak terhitung banyaknya.. terlalu banyak sehingga tak terkata.. Every single things yang berlaku kat intan, semua intan cerita kat mak.. (tetiba teringat pasal hanger patah pun cerita kat mak.. haha.. zaman budak2 betulla). Tapi mak layan je anak mak yang tak sedar diri da besar ni.. Maklah ibu dan juga teman terapatku dari kecil hingga sekarang dan insyaAllah selamanya.. terima kasih mak.. I LOVE YOU SO MUCH..

Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu.. Terima kasih ya ALLAH kerana aku mempunya ibu bapa yang sangat baik..
Akhir sekali, Selamat Hari Lahir buat Mamaku yang tercinta pada 8 Mei yang lalu & Selamat Hari Ibu.. Maklah ibu yang terbaik di dunia.. Sayang mak..





ketika berumur 2 tahun


ketika berumur 23 tahun


apa yang kelakar untuk birthday mak tahun ni:

aku: mak, mak nak hadiah apa birthday ni??
mak: mak nak menantu boleh?? hahaha
aku: errrrrr......  (-,- )"
ok adik2 kak intan, boleh la start cari menantu kat mak.. tapi ingat, korang jangan menggatal!! amaran keras ni.. 


**entri ni da tulis lama,tapi baru rasa nak post... hahaha.. sebab apa?? sebab rasa mcm byk je idea nk tulis pasal mak..sehinggakan tak tertulis banyaknya.. cukuplah sekadar ini ok!!

05 April 2013

Pilihanraya kali ini !!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Bestnya nak pilihan raya.. Suka sangat time pilihanraya ni.. Excited terlebih.. Apa yang bezanya kali ni ialah aku dan abang aku dah boleh mengundi!! yeay!! sepatutnya adik yang sorang lagi pun boleh, tapi disebabkan birthday dia lambat, dia tak sempat nak daftar mengundi lagi.. huhu..rugi satu undi..

Sepanjang hidup ni, ingatanku hanya tiga kali kebelakang pasal pilihanraya ni.. kalau tak silap waktu darjah 4, tingkatan 3 & waktu matrik dulu. Ingat lagi pilihanraya waktu darjah 4, masa tu masih budak2 lagi. Kat sekolah siap ada geng lagi. siapa PAS, siapa BN. Siap ada yang gaduh dengan cikgu2. haha. Paling best, bila pilihanraya je, abah akan bawa jalan2 pegi tengok2 tempat mengundi. Malam keputusan tu, bayangkan semua adik beradik da tido, aku dan mak ngan abah je masih setia menanti semua keputusan pilihanraya. (takde la setia sangat pun. sampai tertidur atas riba mak la. bila bising2 je, terus bangun tanya "mak, siapa menang? "  -,-") 

Ok, waktu tingkatan tiga pulak, semangat pilihanraya tu makin bertambah2. Semua poster dan apa2 la yang ada kat rumah aku simpan. Time tu, siap bawa 1 gambar Allahyarhamah Dr. Lo' lo' (dia jadi wakil dun/parlimen tempat kami time tu) pegi sekolah then lekat kat meja lagi. Konon2 nak buat idola sebab dia pernah bersekolah di sekolah aku tu. Allahyarham memang amat humble orangnya (jumpa time diorang buat klinik percuma untuk kampung2).  Macam biasa la, hari mengundi tu, mesti keluar jalan2 tengok bendera dan tempat2 mengundi. Malamnya tak cukup stay up untuk tunggu keputusan, surat khabar paginya tu habis semua kawasan diteliti, dikira. (padahal bukan semua kawasan ingat sangat pun.. hahaha) 

Time matrik pulak, hari mengundi tu memang tengah ada kat matrik je. Pagi2 buta da telefon rumah tanya siapa yang menang. Parents kata malam tu mak&pak sedara berkumpul kat rumah kitorang sbb nk tengok keputusan ramai2.. huhu.. Sedih sangat sebab tak dapat nak rasa suasana tu + tak rasa pun jalan2 tempat mengundi. Sempat tengok bendera je beberapa minggu sebelum pilihanraya sebab kebetulan balik rumah. Pergi jalan sampai ke permatang pauh tengok bendera (kebetulan adik blajar kat penang).. Tu pun dah seronok sangat sebab dapat tengok bendera. haha.

Pilihanraya kali ni, harapnya sangat2la meriah macam raya.. haha.. Apa yang paling tak sabar ialah, nak tengok bendera2 bergantungan. Perang bendera di sini sana. Bila nak tengok semua tu???? Cepatla nak balik!! Duk hostel ni, langkah paling jauh pun setakat 2 bulan ni, pergi giant or jusco je.. Tak sempat nak nampak lagi bendera2 banyak2 ni.. Tengok gambar2 orang upload mana nak puas. Mak kata, betul2 depan rumah kami siap orang pasang khemah PAS lagi. Malam2 je terang benderang. Wah, bestnya.. Nak rasa jugak kemeriahan tu.. (khemah BN pun ada jugak kat padang tu, tapi kurang sikit la kemeriahannya.. Harapnya, nak dekat pilihanraya ni, ramai la orang.. haha).

Aku pernah tanya, sebab apalah aku ni semangat sangat politik kecik2 dulu. Mak kata mungkin jugak sebab time aku nak lahir dulu, kebetulan anak DSAI masuk sekolah darjah 1. Anak DSAI nama Izzah, aku nama Izzati.. hahaha.. Ini kebetulan je mungkin.. hahaha..

Disebabkan kali ni aku mempunyai tanggungjawab untuk mengundi, aku nak pangkah betul2. Pilih pemimpin yang betul. Pandangan peribadi, walaupun calon kawasan kita bukan orang Islam, kita boleh je pilih. Yang penting siapa pucuk pimpinan. Disebabkan pilih orang Islam di kawasan sendiri, tapi pucuk pimpinan tu tak betul dan banyak selewang, perubahan yang kita nak takkan berlaku pun. Penyelewengan tetap berlaku. Jangan sampai tak nak mengundi sebab wakil kawasan semua non-muslim. (sentuh pasal isu calon non muslim je sebab ada kawan yang tak daftar mengundi sebab calon kawasan non-muslim.. hurm, janganlah macamtu).

Eh, terpanjang pulak bebelan kali ni.. Lastly, layan je la lagu raya ni ye.. hik3..




------------------------------------

Ni la kerja aku bila roomate takde.. baca blog, tulis blog.. melalut entah apa2 je.. hahaha.. maafkan saya jika tersalah kata... ok, bye!!!

23 March 2013

Teguran Terbuka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Saya nak ceritakan 1 kisah. Saya ada seorang kawan. Saya namakan dia si A. Kadang2 saya rasa pelik sangat dengan sikap si A ni. Ya, dia cerdik pandai. Tak dinafikan dia pandai menulis, ada bakat dsb. Saya juga ada membaca karya2 dia. Tapi, ada banyak perkara yang selalu menjengkelkan saya tentang si A ni. Perasaan nak tegur ni ada, tapi selalu tak kesampaian di sebabkan si A ni lelaki, dan saya sedar siapalah diri saya untuk menegur. Dan bila diberi kekuatan untuk menegur, terus diblock fb saya. Ok, fine. 

Saya bukannya tegur perkara yang salah pun. Mungkin juga saya tegur tak kena gayanya kan. Tapi, sebagai orang yang cerdik pandai, walaupun tak boleh terima dengan teguran orang lain, silalah bertindak secara profesional. Siapalah kita kan sampai tak boleh ditegur. Saya minta maaf banyak2 andai teguran itu berbisa.

Ok, saya bukan tegur pasal ni pun. Pasal lain. Tapi ni antara perkara yang menjengkelkan saya terhadap si A ni. Si A ni ada kawan perempuan. Mungkin boleh dikatakan bakal isterinya. Si A ni selalu masukkan gambar si perempuan ni. Di puji, di puja, di angkat kecantikan si perempuan ni di statusnya. Apalah sangat yang nak ditayangkan dengan kecantikan si perempuan ni dengan senyuman yang "mempersonakan". Saya tengok, tak de walau seorang pun menegur dengan sikapnya. Mungkin orang menghormatinya dengan kepandaiannya dalam berkata2 dan berkarya kan. Atau mungkin juga segala teguran itu di delete / block terus kawan2 yang menegur kan. Adakah kita ni terlalu sempurna sehinggakan tak boleh langsung terima kritikan dan teguran orang lain? Ya Allah.. semoga kita di kalangan orang yang berlembut hati..

Saya langsung takde niat nak memburukkan si A. Tapi kalau dulu, walaupun saya pelik dan marah dalam hati dengan sikap si A yang selalu update status dan penulisannya tentang perempuan ni (ye la.. kecantikan seseorang perempuan bukan untuk selalu dipamerkan.. seronok eh, orang lain tengok kekasih jadi tatapan umum?), namun, dalam marah2 saya pun, saya tetap doakan si A ni berhenti dari segala aktivitinya yang sia2 tu. Si A ni bukannya orang yang tak faham agama. Anda cerdik bukan. Tapi, kalian bukannya pasangan suami isteri lagi. Ya, kalian tak seperti pasangan couple lain berdating atau berpegangan tangan. Tapi, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan kan. So, kalau lelaki lain suka dengan kecantikan si perempuan ni, dan ada pulak orang lain yang berniat jahat?? Nauzubillah.. Lepas di block ni, saya tak tahu dah kan cerita korang. Doa terakhir saya, semoga jodoh kalian disegerakanlah, dan semoga si A ni berubah.. Saya akui, kalau perempuan lain tengok pun boleh dikatakan manis si perempuan ni, apatah lagi pada pandangan lelaki?? Kita kena ingat.Bukan semua pandangan orang baik.


Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan. Saya mohon maaf atas segala kelemahan diri saya. Semoga kita semua senang untuk menerima kebaikan.. Ya Allah..

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

p/s: Biarlah habis semua orang nak block kita pun tak pe.. Yang penting, kita cuba untuk menegur. Ya, menegur / mengajak orang buat baik, memang 1 risiko. Tapi, selagi tak tegur, selagi tu kita marah sorang2 dalam hati. Sebab apa?? Sebab benda tu kita nampak, kalau tak tegur, nanti kita dipertanggungjawabkan. Tapi, selalunya bila dah tegur, lain pulak jadinya.. hurmm.. Kalau saya salah, sila tegur saya. Saya bukan insan sempurna. Tolonglah tegur saya dan sekali lagi saya minta maaf jika ada silap salah saya.. semoga Allah memberkati kamu semua.. amiinn..

02 March 2013

TIPS HAFAL AL-QURAN BAGI YANG BUKAN ALIRAN TAHFIZ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kali ni, saya nak share macammana nak hafal al-quran bagi yang bukan tahfiz.. Sebenarnya, penting kan kita sebagai makhlukNYA, yang Allah dah turunkan  mukjizat paling besar pada rasulullah, iaitu kitab Al-Quran.. betapa hebatnya Rasulullah yang ummi, dapat hafaz al-Quran pada masa tu juga.. kagumnya.. ok, boleh teruskan baca kisah dibawah.

__________________________________________________


Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad ...

seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal


Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.


Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.


Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.


Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut


Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.


Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.


Tip 7 – Perbaiki tajweed anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.



Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan

Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.


 Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.


 Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.



Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:


Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.


 Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.


One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


__________________________________________________

Wah... bestnya kalau dapat hafal al-Quran.. kita dari kecil lagi baca Quran, tapi, tak pernah pun kita rasa boring ke, jemu ke kan.. tu la antara kehebatan Quran.. bahasa dan segalanya indah dari Al-Quran.. Cuba bayangkan kalau kita ni hafiz/ah, then kita amal & rujuk al-Quran sebagai panduan hidup, nak cakap je petik ayat al-Quran.. wah, indahnya hidup ni... tak dapat nak di bayangkan.. Allah sayang kita, Rasulullah sayang, semua akan sayang kita.. Pasti dikalangan ahli syurga.. bukan kita je, keluarga kita pun kita boleh tarik masuk syurga..

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

**banyak lagi kelebihan, boleh search sendiri ok  (^_^)



nota kaki: dari dulu lagi bercita2 nak hafal, semangat datang kejap, pastu hilang, pastu lupa.. apaa ni!!!!  (marah diri sendiri yang banyak sangat buang masa).. ok, start dari sekarang, reset azam.. harap2 berterusan!!  doakan ye.. JOM kita semua jadi generasi al-Quran..

24 January 2013

Mati itu Pasti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 ASSLAMUALAIKUM W.B.T


Bersempana dengan hari memperingati kelahiran junjungan kita Muhammad S.A.W, semoga kita lebih mencintai dan berselawat banyak-banyak.. 



Pada hari ni, dapat satu berita dari kawan sekolah menengah yang kawan kami (laila maisarah) telah kehilangan suaminya buat selama-lamanya.. innalillahiwainnailaihirajiun..alfatihah untuk suami beliau.

Usia perkahwinan mereka baru sebulan lebih.. Rasa macam baru je melihat gambar pernikahan mereka, gambar honeymoon mereka......
masyaAllah, sungguh berat ujianMu buat kawanku ini.. Hanya orang2 terpilih dan betul2 tabah sahaja akan  diuji sebegini.. semoga kawanku ini kuat, tabah  dan sabar atas ujian yang beliau hadapi.. insyaAllah, ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi kat kamu...Allah tidak akan menzalimi hambaNya.. Kamu diuji kerana kamu mampu.. semoga kamu kuat ye sahabatku..

Rasulullah SAW menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)



Tersentap seketika..
Ya Allah, sungguh kami hanya hambamu.. Sungguh, ajal , maut semua x dapat dijangka.. Yang bernyawa tidak kira manusia atau haiwan serta makhluk lainnya pasti akan mati kerana kematian itu pasti, masa dan tempatnya juga telah ditetapkan.. Tidak terlewat atau tercepat walaupun sesaat.. tidak mengira usia ataupun sebab kerana semua telah ditentukan yang Maha Pencipta.. Dia yang menciptakan kita, dan Dia juga berhak mengambil nyawa yang kita pinjam ni untuk kehidupan didunia yang sementara... Allahu Allah.. 


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali-Imran: 185)

wallahu a'lam.. 
sekian

23 January 2013

facebook wajah baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


amat teruja dengan theme facebook baru.. hihihi
kenapa merah??? 
sebab bila tengok lama2 sakit mata.. so, xdela scroll lama-lama facebook.. 
(kejap lagi tukar la tu theme lain..haha)
ok, sekian uollss =)



like