21 January 2011

Pendaratan Di Bulan Oleh Angkasawan USA Satu Penipuan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun. Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.
Tidak ada bintang disebalik angkasawan yang membuat
pendaratan di bulan pada 1969

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.
TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan
misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa
tidak ada dalam gambar.

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut. Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar. Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.
Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi
http://aku-macjay.blogspot.com/2011/01/pendaratan-di-bulan-oleh-angkasawan-usa.html

20 January 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


sumber artikel >>> iluvislam.com


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.


31 December 2010

::::>> IRAN <<::::

20hb Disember 2010....

kami semua bersiap sedia di awal pagi.bas tunggu pukul 8 pagi. katenye la..tp, act dy sampai 8.15 pg... kami bertolak dr utm pd jam 8.20 pagi dan sampai di LCCT (Low Cost Carrier Terminal-KLIA) dalam pkul 12.35 pagi..hanya 11 org yg naik dr utm...selebihnya (5 org) dtg LCCT sendiri.. bru duk dlm bas 4 jam dah boring... x dpt nk dibayangkan perjalann ke iran nanti yang menambil masa lebih kurang 8 jam 20 minit.. hurm... macam2 bende time tu pikir pasal kapal terbang ni... maklum la, this is the 1st time nak jejakkan kaki naik kapal terbang... nak g sendiri2 ke luar negara x berkesempatan... lagi pun bkn ape... act malas nk g luar negara...atas saranan mak tahun lps yg suh merase g luar negara klu ade program... maka, akhirnya dapat la jugak merasa ke luar negara nun haa..... hihihi...
pd awalnya group kami rancang nk g guang zhou...kertas kerja asyik x lulus je... so nk tukar plan la.... rancang la plak nk g taiwan.... tup tup semua tu hanya rancangan.... manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya... akhirnya, Allah dah mmg tentukan yang kami akan ke bumi iran ..... so, ckp la kat mak... " mak, x jd g guang zhou la... taiwan pun x... g iran la plak...hurm"... mak pun kata, " ha, bagus la... bumi islam... dr nak g taiwan y komunis tu baik la g iran...." erk.... betul jugak ckp mak tu.... hahaha.... so, ape lagi... ttp teliga la pd berita2 yg iran ni ade nuklear... kepercayaan diorg syiah... diorg ade cederakan badan sendiri2.... mane tak nye... klu d pikir takut kang nk g....hikhik.....

Pd pkul 2.15ptg, lepas mkn n solat, kami pun g check in..... nasib baik la ade bapa kawan yang membantu group kami.... alhamdulillah segalanya dipermudahkan.... dah selesai semuanya, lama jge nk tunggu ni smpai kul 4.20 ptg.... adeh~ takpe la.... call2 famili.. msej2..... nnti duk sana x dpt msg sgt dah.... akhirnya, 4.20ptg kami pun naik ke kapal...... wah.... beznye..... dah la 4 antara kami menjadi insan y terpilih tuk duk d kerusi premium.... peh..... act, x rase ape2 pun istimewanya.... bile jenguk ke kerusi ekonomi br la tahu keadaannya.... syukur2....hehehe~

dalam kapal terbang disaat rkn2ku d krusi premium lena d ulit mimpi,mata ni ssh sgt nk pejam.....teruja sgt naik kapal kot....hahaha..... yg lainnya air asia ke tehran ni, pramugara msia je ade..pramugari xde.... mgkin pakaian pramugari x membenarkan mereka b'tugas utk flight ke iran....hahaha...... agaknye la..... 1 kejadian yg x dpt di lupakan time siap2 nk trun flight ialah dimana aku org y pertama en. pramugara nk salam..maklumla, bknnye rmai sgt org msia g iran.... adeh... nk wat cmne eh.... nk salam?? oh no......no no no..... maka, dgn otomatiknye tgn d larikan n kepala geleng.....nasib bek la paham...... lega.......


21hb Disember 2010....

pd pkul 1.00 pg kami pn smpai d tehran...... kirenye 8 jam sharp la perjlnn kami ni.....alhamdulillah.....bez jgak eh naik flight ni ye....

to be continued........nk wat keje lain ni...

10 November 2010

Amalkan Doa Qunut Nazilah



Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),

Hadis daripada Ibnu Abbas RA:

Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.(Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)


Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawaRasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

04 November 2010

~ untukmu yang tersayang ~

assalamualaikum w.b.t....
hari menjelang exam da tibe.... dalam kehidupan ini, telah terlalu byk exam yg telah ditempuhi...namun sedarkah kita, yang semua exam itu amat penting bkn hanya utk masa depan kita, tapi juga untuk ibu bapa kita yang kita sayangi dan cintai....telah terlalu byk pengorbanan dan kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa kita.. tym ni la nk tunjukkan y pengorbann mereka x sia2.... terkadang, ade jge yg mengatakan yg parents mereka x syg diri mereka... blh caye ke?? Bkn semua parents mudah untuk menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak2nya...... alhamdulillah, aku dilahirkan dlm keluarga yg penyayang....

setiap kali nak exam, selain diri sendiri yg amat risau, mak adlh insan y amat risau ttg anaknya yg nk amek exam... tapi maaf mak, abah, sejak sem lepas prestasiku agak menurun dan membuatkan semua org hampa.... maaf sangat2.... semoga semester ni punya exam akan meningkatkan balik pointer exam... doa dari mak,abah ku pohon dari jauh....

tringat tym2 nk exam kat sekolah dulu... selalu nyanyi lagu ni.... skrg ni wlwpun x dpt nyanyi dpn mata mak & abah, nyanyi kat sini pun ok la......


khas buat bonda & ayahanda tercinta.......


untukmu yang tersayang by Al Amin

untukmu yang tersayang
bermain di fikiran
apakah masih ada ruang
untuk bersama
padamu ayah bonda
permata hati bersinar
doa yang ku damba untukmu
tanda cintaku
tanda kasihku
lihatlah diriku ini
hasil titik peluhmu mendidik
hingga ku genggam bintang di langit
indah terang bercahaya
anak soleh idaman insan bertaqwa
kan terkota akhirnya
gerbang bahgia setia menanti
tanda keikhlasan hati ini
pengorbananmu menggunung tinggi
kasih sayang mu bima sakti
tiada cara untukku atasi
mulianya dirimu di sisi Yang Esa
kau permata hatiku
ayah dan bonda

09 October 2010

:::PETUA IMAM SYAFIE:::

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

06 October 2010

ISLAM IMAN & IHSAN


Umar bin Al- Khattab menceritakan bahawa pada suatu hari ketika sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w.,tiba- tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya pula sangat hitam.Padanya tidak kelihatan seperti orang yang telah melakukan perjalanan,dan di antara kami tidak ada yang mengenalinya,lalu dia duduk dekat Rasulullah s.a.w. sehingga lutut bertemu lutut dan meletakkan kedua tapak tangannya ke pehanya sambil berkata:"Hai Muhammad,terangkan kepadaku tentang Islam."

Setelah orang itu selesai mengajukan persoalannya maka Rasulullah s.a.w. pun berkata :"Islam itu ialah:-

1.Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t dan Muhammad itu adalah Rasulnya.
2.Hendaklah mendirikan sembahyang.
3.Hendaklah berpuasa dalam bulan Ramadhan.
4.Hendaklah membayar zakat.
5.Hendaklah mengerjakan Haji ke Baitullah,apabila dia telah sanggup.
Sebaik sahaja Rasulullah selesai menjawab dengan segera orang itu berkata:"Memanglah benar kata-katamu itu."Kami sangat hairan dengan orang itu kerana dia yang bertanya dia juga yang menjawab.

Orang itu bertanya lagi kepada Rasulullah:"Wahai Muhammad,terangkan pula kepadaku tentang Iman,"Lalu Rasulullah menerangkan kepada orang itu."Iman itu ada Enam:-

1.Beriman dengan Allah s.w.t
2.Beriman dengan Malaikat.
3.Beriman dengan Kitab-kitab.
4.Beriman dengan para Rasul.
5.Beriman dengan Hari Kiamat.
6.Beriman dengan Qada' dan Qadar."
Orang itu berkata:"Memanglah benar apa yang kamu katakan itu."Orang itu bertanya lagi:"Wahai Muhammad terangkan pula padaku tentang Ihsan,"

Untuk memenuhi pertanyaan orang itu,maka Rasulullah bersabda:"Ihsan itu ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya,sekalipun engkau tidak melihatnya,sesungguhnya Dia melihat kamu,"

Orang itu bertanya lagi:"Wahai Muhammad terangkan padaku tentang Kiamat."

Lalu Rasulullah bersabda:"Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari orang yang menanya."

Lalu orang itu berkata lagi:"Wahai Muhammad terangkan padaku tanda-tandnya."

Jawab Rasulullah s.a.w:"Tanda-tanda hari kiamat ialah apabila hamba sahaya perempuan melahirkan majikannya,apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung indah dan apabila orang miskin yang hina dina menjadi pemimpin,itu juga termasuk tanda-tandanya."

Selanjutnya ada lima perkara yang tidak seorangpun tahu selain dari Allah s.w.t Kemudian Rasulullah s.a.w membaca surah Luqman ayat 34 yang berbunyi:"Sesungguhnya Allah,Hanya dia sahajalah yang mengetahui tentang hari kiamat dan dialah yang menurunkan hujan,dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim.Dan tiada tiada seorangpun dapat mengetahui dengan tepat apa yang dikerjakan esok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati,Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Kemudian orang itu pun berlalu,sebaik sahaja orang itu berlalu,maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:"Panggil orang itu kembali!"Dengan segera para sahabat mencari orang itu tapi malangnya orang itu tidak kelihatan.Rasulullah s.a.w pun bersabda:"Orang yang datang tadi ialah Jibrail a.s. dia datang mengajarkan kepada orang ramai tentang agama."

like