Ya, seorang sahabat itu hadir dalam kita tidak sedar.Mungkin dulu dia adalah musuh, tapi sekarang dia adalah kawan, begitulah sebaliknya. Mungkin juga dulu dapat dirasakan perhubungan seorang dengan sahabat itu tidak serasi oleh kerana sikapnya, latar belakangnya atau sebagainya. Namun semusim persahabatan menyelusuri masa banyak perkara yang telah dikongsi, pengalaman, persamaan, mision & vision yang akan membuatkan persahabatan itu bertambah rapat dan begitu akrab ibarat burung yang memerlukan sayap untuk terbang.
Walaubagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah resam kehidupan yang tidak dapat dinafikan. Di saat itu, kita akan merasakan goyah tak terdaya, ibarat burung yang patah sayapnya. Dirasakan satu kehilangan yang besar. Tapi kita perlu akur dengan ketentuan takdir. Memang bukan mudah untuk membuat keputusan hidup ini. Pernah dulu aku goyah dengan keputusanku, engkau telah beriku kekuatan. Namun, di saat aku telah tetap dengan pendirianku
Saat ini aku rasakan tiada kata yang dapat ku luahkan. Tiada tempat untuk ku pinjamkan bahu. Namun hatiku berbisik sesuatu yang amat kugeruni. Mungkin juga aku bukan lagi insan yang pertama yang dapat mendengar keputusan pertamamu. Aku doakan apa yang engkau akan lalui dan putuskan adalah yang terbaik untuk dirimu dan diriku. Semoga perjalanan hidup kami akan sentiasa Engkau tuntuni di jalan yang kami masing-masing akan bahagia.. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb....