30 June 2013

IRAN (part 2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Setelah hampir 3 tahun berlalu, baru teringat ada yang ditulis tak tersambung... ok, serba ringkas je la ye demi kepuasan diri sendiri.. haha.. Lupa nak cerita siapa yang ikut. Kami student terdiri dari 14 orang, Fifah, Hanim, Ani, Yat, Najah, Niza, aku, piqah, mijah, yah, ziran, mariam, fikri dan azri. 1 Pensyarah pengiring (PM Hazimah) dan anaknya. Dan beberapa hari kemudian datang 3 lagi pensyarah utm~

21hb Disember 2010....

Perjalanan kami dari tehran ke kermanshah mengambil masa 8 jam dengan bas. Dalam perjalann mlm tu, sempat la singgah ke Hamadhan iaitu tempat yg berkait rapat dengan tokoh Islam Ibnu Sina. Time ni la semua orang teruja asap keluar dari mulut. Kemudian perhentian seterusnya kami bersubuh di sebuah masjid, tapi malangnya masjid tutup. Kami tiba di Reshalat Hotel jam 8 pagi.  Selepas menikmati makan tengahari,kami bertemu dengan beberapa wakil pelajar dari Islamic Azad University bdk tesl. Mereka bersama kami sepanjang tempoh kami berada di sana.Selepas sesi berkenalan, kami dibawa melawat tempat menarik iaitu Tagh E Bostan (Historical Place)Kami juga dibawa ke Kohestan Park iaitu air terjun buatan. Makan malam kami jam 6.30 mlm di Restoran Banichaw dan kami dimaklumkan yang bermula pada malam hari tu adalah malam yang panjang sbb musim sejuk bermula. Memang sepanjang di iran ni tido mmg amat cukup. Mana taknya, pukul 9.30 dah pakat2 tido. Subuh jam 4.30. Nak tunggu breakfast jam 8 punya la lama sambil melayan cerita iran di tv. Di bilik hotel, mmg kami tak pernah tutup tv.. hahahaha.. ok, perbezaan waktu iran & malaysia ada la dalam 4 1/2 jam. Subuh 4.30, zohor 12.30, asar 3.30, maghrib 5.30, isyak 7mlm (not exactly). 

Sarapan pagi di resalat hotel sepanjang di Iran

di Tagh e bostan

22hb Disember 2010....

Jam 9.40 pagi, industri pertama yg kami pergi. Industri minyak, marjerin, kilang air minuman, dan kilang simen. Sepanjang di kermanshah ni, kami bergerak dengan bas. Kenderaan di Iran ni mmg super laju la diorg bawak. Lampu isyarat amat susah nak jumpa. Kalau dkt simpang 4 tu, mmg seram je sbb semua main selit je, adoiii  (-,-)" . Kermanshah adlh sempadan dgn Iraq. Nak pergi sesatu kawasan pun jauh bukan main, jalan dia lurus sgt, kawasan lapang, bangunan2 warna sama je, pokok2 dan gunung takde warna hijau mcm kat malaysia, dan yang pasti, kereta2 kat sini semua berdebu membuatkan rasa nak tolong basuh je haha! Kebanyakan orang kt Iran ni bukan kesah sangat nak pakai kereta buruk ke apa ke walaupun berjawatan besar. Nampak macam laki je bekerja sebab perempuan hanya akan bekerja bahagian pejabat sahaja. Bas awam pulak memang ada partition perempuan dan lelaki. Waktu di sana mmg kami tak dibenarkan keluar malam sbb perempuan yg belum kawin mmg x bg keluar mlm di iran. Semua perempuan iran wajib menutup kepala (pakai tudung/selendang), walaupun agama kristian. Diorang dipaksa oleh kerajaan & nampakla bila elok je naik flight, pakat2 tanggal selendang mereka. ohhh (-,-)"


kilang minyak

Kilang simen

23hb Disember 2010....

Dan hari yang ditunggu tiba.. Kami dibawa ke bazar tradisional... Shopping.. Hari2 tunggu bila la nak start shopping.. haha.. Tapi, bila tengok, tak tahu langsung nak beli apa dan mmg tak beli langsung. Petangnya kami kena dengar taklimat di universiti Azad ni.



Baba Hassani dan Mr. houshiyar yg amat menjaga kami. (baba hassani tu security guard universiti yang amat garang kalau di universiti. Dalam coat dia ada pistol. tapi dgn kami, dia amat baik. huhu) >>> gambar x reti nak rotate tetiba!

Batu karbala yang diorang guna ketika sembahyang

aaaaaaa.... silau mataaaaa...kat bazar tradisional bersepah org jual emas.. terlalu banyak sampai satu pun tak pandang. haha

24hb Disember 2010....

Pagi ni kami naik bukit iaitu Bisotun World Heritage World. Sepanjang di iran ni, wajib pakai baju paling kurang 3 lapis tak termasuk seluar dan baju tight. Kalau tak, mmg2 la kesejukan. Waktu di bukit tu, suhu -7 darjah celcius. Ingat nak pakai earmuffs, tp org2 iran ni xde sorg pun pakai dan mmg diorang kebal la dgn kesejukan ni. Aku siap pakai 5 lapis baju pun sejuk sampai ke otak dan rasa sampai ke tulang. Kemudian kami makan tengahari di restoran makanan traditional roti nan dan ayam n daging kebab. 

Kenangan di bawah bukit bisotun

Sebelah petangnya kami ke taman tema yang sangat cantik. Tapi kami tak dapat berlama2 di sini sebab kesuntukan masa nak balik ke hotel sebab nak maghrib. Lepas mereka merengek2 dkt Mr. Housyar, kami dibelanja ais cream. Sesungguhnya, aiscream di Iran amat sedap sbb rasanya pure.

25hb Disember 2010....

Paginya kami ke Azad universiti lagi. Ada pameran buku, pensyarah ada taklimat. Tgahari makan di U azad  dgn makanan tradisional iran.. Satu2nya lauk yg berkuah spjg di iran ni. Ala2 kari, tapi berkacang. 
Ni la kari daging berkacang tu!
Ptgnya kami masuk kelas statistik. Dapatla dengar kuliah mereka. Dan mmg tak paham apa2 la dgn bahasa parsi yg digunakan. Kat sini memang kalau jumpa orang semua berpakaian hitam je la.. hihi.. Kitorang pakai tudung yang berbrooch pun diorang pelik..  Setelah selesai berkuliah, kami beriadah di gym bersama student2 iran. Bila bermain, gym hanya untuk perempuan, diorang semua xde la bertutup2 sangat kan, dan tak dibenarkan bergambar.

26hb Disember 2010....

Dan hari shopping yang sbnr tiba. hihi.. Dapat la beli pashmina, baju2. tapi still tak puas hati lagi bershopping sbb tak tau nak beli apa sebab kali ni di bawa ke shopping complex n barang agak mahal berbanding bazar sebelumnya.. menyesal2 x beli belah dulu. Petangnya kami ke universiti lagi bagi sesi bertemu canselor. 

27hb Disember 2010....

Kalini kami ke pusat ternakan lembu. Lembu disini amat besar. Macam 3kali lembu malaysia. Lembu amat behave beratur utk susu diperah.. comel sgt rasa. dapat minum susu lembu asli (sedap tu, errrrr!! sbb da tgk lembu, nk minum pun tak berselera sbb bau skit bila fresh ni). Dan balik2 tu, mmg busuk la masing2 bau lembu, aaaaaa...
Lembu gemoookkkk

bergambar di longgokan rumput kering

28hb Disember 2010....

Sebelah paginya kami ke Museum War of Kermanshah. Byk sejarah ketika iran berperang dgn Iraq.. Setelah selesai, orang musium suruh masuk 1 dewan untuk dengar lagu nasyid asia yg diorang simpan.. Lagu Sulis dan hadad alwi.. Best2! walaupun bkn dr malaysia, tapi rasa seronok jgk sbb diorang pun suka nasyid tu. Setelah selesai di musium, kami memaksa pengiring bawa kami shopping lagi. Tak cukup lagi barang dibeli ni. Kami shopping di kedai kraftangan dan shopping kekacang dan coklat pulak. Kacang2 kat sini murah la berbanding malaysia dan banyak sangat jenis2 kacang!!! seronok sangat!! Tapi kami terpaksa bergegas untuk ke universiti lagi petang tu utk pembentangan pensyarah utm plak.. 


29hb Disember 2010....

Bersarapan terakhir di Resalat hotel. 3 hari terakhir di Iran aku demam. Tapi takdela teruk pun.. Da sampai Malaysia baru teruk demamnya + demam rindu nak balik rumah.. Ada la beberapa lagi yang demam. Kalau bangun pagi tak keluar darah dari hidung mmg tak sah la untuk semua orang. Lepas bertemu di universiti utk MOU antara universiti, dan dapat cenderamata, kami ke Kermanshah airport utk ke Tehran dengan menaiki Iran Air. Waktu ni la pulak beg roda aku tercabut roda. Mana taknya, barang yang sebanyak2 nya di mampatkan dalam beg tu. aaaaaaa... da la tak larat sbb demam, nak angkat lagi beg tu, mmg nak nangis je.. nasib baikla fikri tolong angkatkan beg yang super berat tu. Kat airport, bunyi cas elektrik mmg sangat byk. kejap2 kami jerit. Mana taknya baju selisih baju org lain pun bunyi lektrik. Nak pegang tangan orng mmg takut la. Tapi orang2 iran relax je.. xde plak ada cas2 ni... adoiiiiii...


~ Makanan ~
Orang kermanshah lebih baik berbanding tehran. Mungkin sebab kermanshah bukan bandar dan jarang menerima tetamu. Mereka amat memuliakan tetamu. Makanan kat Banichow tu, mahal betul. Nasib baiklah makanan dan penginapan di sana pihak universiti Azad yang menanggung. Itu pun bila da sampai sana baru kami tahu. Dan kalau mereka tak tanggung, agaknya mmg habis duit kami kat sana dengan makanan je la.. Hari pertama, lauk yang diorder setiap sorang 1 pinggan nasi dan 1 lauk. Kami bukannya makan banyak. Then, hari berikutnya kami da pandai order sendiri 1 lauk utk 3 org. Orang2 sana mmg makan banyak la berbanding kita~

Apa yang best sangat2, makanan Iran mmg best dan boleh dimakan. Nasi dia sedap, lauk dia sedap. Buah dan sayur2 dia besar2!! Tapi makanan laut macam ikan mmg lagi mahal sbb takde. Jumpa pizza yang sangat besar diorang boleh makan 2 orang je, kami siap makan 4 orang lagi. Itu pun bergaduh suruh siapa yang nak habiskan. Mula2 nak telan makanan diorang mmg agak susah, maklumla, nasi arab pun tak pernah rasa. Tapi makin lama, makin  menghargai makanan2 yang disediakan. Air yogurt di sini mmg pure, xde perisa dan amat masam. Orang iran suka, padanla badan diorang cantik. Air minum yang tak sejuk, memang tak de, dgn suasana yang sejuk amat.. mmg sakit tekak la.. tapi petua utk tak sakit tekak dengan setiap kali lepas makan, perah lemon dan minum (dah sakit tekak baru nak buat, mmg perit laaa -,-" ) .. Kat sini pelik sikit, bila keluar dari bangunan, rasa macam sejuk dari aircond, time masuk bangunan, kipas xde, ada pemanas je.. Tapi, sepanjang di iran, cita2 kami untuk melihat salji turun tak tercapai dan kami dimaklumkan salji turun malam setelah kami pulang ke malaysia.. (mujur jgk xdpt tgok, sbb klu salji, flight tunda).

dunia kacang!! heaven gila shopping makanan!!

Bukti kami makan banyak. Pakat2 balik timbang berat naik. Nasib  i demam u oll.. berat yg naik turun semula.. haha :P
Setiap hari makan di Banichaw. Ni 1st makanan yg kene makan.. salad~ mula2 rasa tak sedap, lama2 rasa sedap pulak!


makanan kedua kena makan ialah soup barli.. yang ni sampai sudah tak brapa nak selera.. Nak ambil 1 pinggan makan mmg takla, kalau nak share bolehla~ 

meja yang dipenuhi makanan

Jenuh duk usha macammana org Iran makan nasi dengan sebuku kecil marjerin. Korang timbunkan nasi atas marjerin tu.. sedap gak rasanya, tp rasa kalau buat selalu amat tak sihat!!

lemon tu patutnya perah minum airnya!! tapi bila da byk mknn depan mata, hiasan makanan hanya tolak tepi je!haha

setiap hari makan daging ni pun boleh, sebab sedap~~


inilah pizza yang besar tu.. nampak je kecik, tapi besar tau!


Kesimpulannya, dapat berjalan2 ni mmg best!! Dapat la tgok budaya mereka, cara solat golongan syiah ni, adat mereka dan sebagainya. kalau nak diceritakan pasal orang2 dan budaya mereka, rasa macam panjang lagi nak kena taip.. ok la, nampak mcm laju gila bercerita.. dah macam ikhlas tak ikhlas je.. hahhaa... bak kata hajar, suka hati la, blog aku, sukahati akula nak tulis apa.. hihihihihi.. ok, bye~



05 June 2013

Bila Hari Exam Menjelma !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومعفرته ورضوانه

Sejak dua menjak ni, selalu je la terkenang masa2 kanak2 ribena.. Adakah diriku ini da cukup tua?? ooohhhh!!!! Ok, apa yang aku nak kata ialah, mood skrg aku amat merindui saat2 ber'exam'. Waktu sekolah rendah, kalau nak exam UPSR, risau tu, ahh, tok sah nak cakap la.. stress je bila gabra2 nak exam.. sampai mak2 skali naik risau.. mak temankan study malam2.. abah ajarkan apa2 yang patut.. mak suruh dhuha dulu b4 pegi exam UPSR tu.. walaupun takut  nak exam, tapi rasa bahagia sangat.. haha

Bila dekat sekolah menengah, minggu exam, kawan2 ramai yang stay up.. aku?? lebih mementingkan tidur yg berkualiti konon..  haha.. (act, duk asrama takut nak tidur lewat2).. Yang bestnya time menengah ni, minggu exam setiap hari baca yasin, baca al-qalam dekat segala pensil, calculator, dan solat hajat.. pastu before masuk dewan periksa time exam besar, mesti ada ustaz2 baca doa sambil2 tu takbir kuat2 depan dewan tu.. haha.. memang gerun dan takut tu hilang la lepas takbir tu.. terbaiiikkk laa.. (part ni, mmg duk terkenang sampai sekarang..)

Kemudian, time matrik sesi pembelajaran amatlah pantas. Exam tu tak dapat nak rasa sangat la. Start dari matrik la, bila nak exam, makan tak lalu.. hidung tak boleh bau busuk walau sedikit.. kalau tak, aahhh pening nak termuntah.. matrik boleh dikatakan tempat persinggahan yang amat sibuk dan amat sekejap!!

Ok, masuk universiti, belajar pun macam lebih santai. Time universiti ni, bukannya ada kem motivasi ke, apa ke dah.. kalau nak semangat tu, pandai2 la cari sendiri.. Di sini lah aku start set pelik2 time nak exam.. antaranya:

1) mesti pakai tudung warna putih (bknnya tudung tu x basuh tau.. i basuh ok, untuk keselesaan peribadi.. kenapa putih?? haha, saje je nak suci2 sikit sesuci otak yang akan dibawa masuk exam..hihi)

2) mesti pakai baju kurung (time study week da iron semua baju kurung yg nk pakai time exam.. semangat sket nak study bila tgok baju2 yg da beriron tu.. haha)

3) setiap sem ada lagu tema (antara yg masih diingat la, sem 1: berkorban demi cinta, sem 2: dia kekasih Allah, open your eyes n apatah lg 3, x ingat!! tujuan ada lagu tema?? saje je, bila mengantuk or hilang fokus, at least pejam mata sekejap n amik feeling2 sket n dengar lagu tema, boleh buat nangis.. cubalah!! haha)

apa yang aku setkan tu, mmg mcm tahape hape je kan.. yang penting aku enjoy zaman exam!! haha.. biasalah, time belajar ada ketika semangat tu merudum, ada saat yang semangat tu membara.. tiap sem, benda2 ni amat dipengaruhi oleh "carry mark" jugak!! hahaha..

Tapi semua itu dah berlalu.. sekarang dah takde exam.. yang ada cuma presentation..
masa berlalu begitu pantas....

p/s : kepada yang akan menduduki peperiksaan,

# doa + solat malam (yg dpt beri kekuatan jiwa)
# banyakkan usaha
# baca surah2 amalan
# jaga makan
# jaga kesihatan
# mintak restu dari org tua, guru serta kawan2 yang banyak membantu
# niat belajar dan tuntut ilmu ni bkn sekadar kejar pointer, tapi ingat yang ilmu itu adalah ilmu Allah yg kita hanya cedok sedikit dan kalau boleh kita tak nak lupa apa yang kita belajar sampai bila2 (walaupun kita tahu kadang2 ada benda yang kita belajar tu tak apply kat mana2 pun)

akhir kata, hargailah setiap masa2 yang ada.. walaupun exam itu adakalanya sukar, haruslah dihadapi dengan penuh tabah! nanti korang2 da keje, takdenya nak berexam selalu dah!! Pasti saat berexam ni akan menjadi 1 moment indah yang akan dikenang pada masa akan datang..


# tahun 1 (khas buat yat : gembira kau habis exam! :P)

#tahun 2

like