29 December 2011

PC saya pun beku




lepas PC saya beku, saya defroze balik... huhuhu ^_^

hubungan dengan suami orang

assalamualaikum w.b.t..

semalam saya telah disoal oleh seseorang yang baru di kenali.. kebetulan kami sama-sama menunggu bas nak balik perak.. nak di jadikan cerita, disebabkan bas tu punya la lambat sampai, banyak la kami dapat berborak... budak tu muda setahun dari saya.. dia sempat meminta nombor telefon saya sebelum kami sama-sama bergerak menaiki bas...

ok, berbalik kepada cerita, semalam dy mesej saya.. kalau sebelum ni dia mesej macam mana nak balik naik bas dari perak ke johor, tapi kali ni soalannya amat luar biasa... hahaha... apa soalan dia tu????

dia : kak, berdosa x lau kite ada hubungan dengan suami orang??

erk, mendapat mesej tu saya ter"blur" sekejap... bukan apa, saya mesti memikirkan jawapan yang terbaik sebabnya jawapan saya mestilah tidak menyebelahi soalannya... hahaha... lagi 1, saya ada juga terpikir, kalau jawapan tu menyakitkan hati, ini bukan cara yang terbaik untuk dakwah... lastly, saya jawab lah sekadarnya...

Pada pandangan saya, mengganggu rumah tangga orang lain mmg la salah... bab kata orang " nak cari nahas apa"..hahaha.. Kalau kita berada di tempat si isteri pun, sudah tentu kita akan melenting... hahaha... adik tu muda lagi.. lebih baik tambah ilmu agama banyak2 dari memikirkan soal cinta terlarang... hihihi.... Mencintai suami orang itu mengganggu rumah tangga orang, berzina,adalah berdosa. Maka putus adalah keputusan tepat harus dibuat. Sekarang lupakan dan carilah orang lain yang bukan suami orang. Soal bahagia, itu boleh dibentuk, jika anda mencintainya dia akan bahagia dan membahagiakan. Bahagia adalah sikap hidup dan keputusan hidup, kita boleh bahagia di mana saja, dengan siapa saja, jika kita memiliki kebahagiaan dari dalam hati kita dan membangun sikap-sikap hidup bahagia. < ni bukan jawapan yang saya bagi kat budak tu... hihihi>

Jom bercinta mengikut syariat!
ok, nk sambung kerja... duk lab, mana boleh main2...hahahaha


12 December 2011

menunduk pandangan


Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.

Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.

Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.

Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.

Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!

‘Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya’ - Ayat 40 dan 41 Surah al-Naa’ziaat

~ lebih baik membayangkan sakaratul maut dari membayangkan sesuatu yang mendatangkan dosa ~ nauzubillahi min zalik ....


sumber http://sitikhadijahhalil.blogspot.com/2011/12/belajar-menundukkan-pandangan.html

like