28 January 2011

~ BINGKISAN RINDU ~


lagu ni ditujukan buat sahabatku
nur hayati kasim........huhuhu....

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

21 January 2011

Pendaratan Di Bulan Oleh Angkasawan USA Satu Penipuan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun. Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.
Tidak ada bintang disebalik angkasawan yang membuat
pendaratan di bulan pada 1969

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.
TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan
misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa
tidak ada dalam gambar.

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut. Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar. Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.
Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi
http://aku-macjay.blogspot.com/2011/01/pendaratan-di-bulan-oleh-angkasawan-usa.html

20 January 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


sumber artikel >>> iluvislam.com


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.


like